Rabu, Julai 15, 2009

Jawatankuasa Pemantau MPP Aspirasi ditubuhkan

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) daripada GMUKM hari ini telah mengumumkan Jawatankuasa Pemantau Fakulti yang menyenaraikan 3 MPP UMUM sebagai pemantau kepada Fakulti yang gagal ditawan dalam Pilihanraya Kampus lalu.


Matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan MPP GM bersedia dengan isu-isu fakulti bagi dibawa ke meja mesyuarat di Mesyuarat MPP mahupun mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti (LPU). Ini adalah bagi meningkatkan kualiti MPP GM dalam berhujah dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan fakulti ‘anak angkat’ masing-masing. Ia juga bertujuan bagi memastikan agar MPP Umum GM bertindak sebagai MPP Bayangan terhadap MPP Aspirasi yang dilihat gagal dalam menjalankan amanah mereka itu.


Jawatankuasa ini dibentuk mengikut 5 Fakulti yang dimenangi oleh Aspirasi antaranya seperti Fakulti Ekonomi & Perniagaan (FEP) (3 kerusi), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) (3 kerusi), Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) (2 kerusi), Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM) (1 kerusi) dan Fakulti Pergigian (FGG) (1 kerusi) . Manakala Fakulti Sains dan Teknologi (FST) walaupun dimenangi dua kerusi oleh Aspirasi, ia akan dipantau oleh MPP GM FST tahun 3, Saudara Atif Misrol.


Jawatankuasa ini akan dipengerusikan secara bersama oleh MPP Umum tahun3, Saudara Hisyamuddin Che Ali yang akan bertindak sebagai pemantau. Dilaporkan bahawa satu kad laporan prestasi MPP Fakulti Aspirasi ini akan dikeluarkan dalam masa akan datang dan akan didedahkan kepada mahasiswa fakulti terbabit. Berikut merupakan senarai nama MPP dan kawasan angkat masing-masing.


1. Hisyamuddin Che Ali : Fakulti Ekonomi & Perniagaan (FEP) & Fakulti Pergigian (FGG) (1 kerusi)

2. Mohd Faez Mat Zin : Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) & Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM)

3. Mohd Fikah Sanusi : Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB)