PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Sabtu, Julai 28, 2012

Jadikan Ramadan Kali Ini Bermakna

Sebut mengenai bulan Ramadan al-Mubarak, pasti mendatangkan 1001 persoalan dalam diri masing-masing sebagai muslim dan mukmin. Mungkin ada yang akan bertanya, sudah bersediakah diriku menyambutnya? Atau mungkin ada yang tidak sabar-sabar menanti ketibaanya. Atau mungkin ada yang menganggap tidak kisah pun mengenai kedatangan Ramadan. Tanya iman, di manakah diri kita?

Tidak salah jika dikatakan Ramadan al-Mubarak ini seperti majlis walimatul urus, pasti seisi keluarga dan jiran terdekat, sibuk menyiapkan persiapan terakhir menjelang tarikh tersebut. Riuh satu kampung dengan kemeriahan menyambut majlis besar seperti itu. Namun, bagaimana pula dengan persediaan kita menyambut sebaik-baik bulan ini? Adakah seperti menyambut menantu atau seperti bertemu dengan hantu? Membelai-belai tetamu atau menghalau-halau seteru?

Satu perkara menarik yang ingin disentuh adalah mengenai sikap dan perlakuan kita terutamanya yang bergelar perempuan. Tiba bulan ini, pasti kaum Hawa menjadi golongan yang sibuk meraikannya. Ramadan Kareem dan kaum Hawa ibarat isi dengan kuku. Terlalu hampir dan dekat. Tidak dapat dipisahkan kedua-duanya. Apakah yang sering membelenggu kaum Hawa apabila tibanya bulan mulia ini?

Rabu, Julai 18, 2012

ARTIS KUTUK UKM : PMUKM kesal tindakan tersebut

Universiti merupakan suatu institusi pendidikan tertinggi di negara ini. Perkara yang terpenting dalam sesebuah institusi pendidikan sudah pasti menitik beratkan soal kualiti ilmu yang diterapkan dalam konsep insaniah pada diri setiap graduan lulusan unversiti. Ukuran kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah universiti bukan dilihat pada binaan semata-mata bahkan sejauh mana sesebuah universiti dapat memberikan manfaat kepada negara dan masyarakat sendiri. Ini juga dapat dilihat apabila ramai tokoh-tokoh cendikiawan negara yang lahir dari universiti negara kita. PMUKM mengambil pendirian tegas dalam mempertahankan institusi pendidikan dari dipermainkan oleh mana-mana pihak.

PENDIRIAN PMUKM

Tindakan seorang artis yang dilihat merendah-rendahkan institusi pendidikan negara, khususnya Universiti Kebangsaan Malaysia adalah merupakan suatu tindakan yang tidak beretika. Seharusnya kebenaran yang diberikan oleh pihak universiti bagi menjalankan sesi pergambaran di dalam kampus perlu di hargai dan di hormati , bukanlah bersikap seperti tetamu yang tidak menghormati tuan rumah. Sebelum ini, artis berkenaan telah mengeluarkan kenyataan di laman sosial twitter memberi gambaran negatif terhadap keadaan UKM khususnya bangunan-bangunan UKM yang dilihat "persis seperti rumah hantu".