Isnin, Jun 18, 2012

Presiden : Pengumuman Untuk Pelajar Yang Telah Melengkapkan Unit Kokurikulum (HHHX 1002 & HHHC 9118)

Dari wall laman sosial Facebook Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), Ahmad Muzzammil Muhd Hairi.



Pengumuman Untuk Pelajar Yang Telah Melengkapkan Unit Kokurikulum

Dimaklumkan bahawa Pusat Akreditasi Pembelajaran sedang membuat proses pengesahan gred kursus kokurikulum.

Sehubungan itu :

  1. Pelajar yang mengambil Kursus HHHX 1002 (2 kredit) dan Kursus HHHC 9118 yang lengkap 6 kredit beserta markah; dan
  2. Pelajar yang mengambil Kursus Lama dan Kursus HHHC 9118 lengkap dengan markah, dengan jumlah kredit keseluruhan kedua-dua kursus 8 kredit, diminta ke pejabat Pusat Akreditasi Pembelajaran, Aras 5 Bangunan Pusanika dengan kadar segera untuk tujuan pengesahan gred kursus kokurikulum berkredit.
Sumber :  
  1. PENGUMUMAN UNTUK PELAJAR YANG TELAH MELENGKAPKAN 8 KREDIT KOKURIKULUM KURSUS HHHC9118:PEMBANGUNAN INSANIAH
  2. http://pm-ukm.blogspot.com/2012/06/pap-pengumuman-penting-pembangunan.html