Isnin, Februari 23, 2009

Mesra MPP bersama Noriham Rahim, Mangsa Kemalangan


Lawatan Mesra MPP Mahasiswa ke Pusat Perubatan UKM pada pagi tadi telah berjaya melawat Saudari Norihan Rahim, pelajar FSSK Tahun Akhir yang mengalami kecederaan akibat dilanggar oleh bas sewa Kiffah. Kejadian pada pukul 4.20 petang di hadapan Kolej Keris Mas menyebabkan beliau terpaksa menghadapi penderitaan berkekalan apabila jari kaki kanannya dipotong akibat digilis oleh tayar bas tersebut.


Wakil MPP Mahasiswa yang diwakili oleh Saudara Hisyamuddin Che Ali, MPP Umum tahun 3, Saudara Affandi Abdul Rahman, MPP Fakulti Pendidikan dan juga Wan Nuruddin, MPP Perubatan melahirkan simpati atas kejadian tersebut. MPP Mahasiswa turut berjanji akan berjuang akan kebajikan Saudari Norihan dan berharap beliau mendapat sokongan untuk terus meneruskan pengajian dan mendapat ijazah pada semester ini. Ziarah yang bermula pada pukul 10.45 pagi telah berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari dan wakil MPP menghulurkan sedikit buah tangan buat Saudari Norihan. Dikatakan bahawa MPP Mahasiswa akan membuat kutipan untuk mangsa di seluruh fakulti sedikit masa lagi.