PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Khamis, September 15, 2011

Menjelang Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P)

Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) Sesi 2011-2012 bakal membuka tirai bermula 19 September nanti sehingga 23 September 2011.
 
Bertempat di Pusanika dan fakulti-fakulti pengajian, antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran-pameran dan sesi pendaftaran oleh persatuan-persatuan kelab dan urusetia di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Juga terdapat persembahan kebudayaan dan multimedia, selain terdapat juga Pertandingan Pameran Terbaik yang dijalankan untuk menarik perhatian mahasiswa mendaftar dalam persatuan kelab/urusetia.

Dalam pada itu, badan-badan beruniform juga sedang giat mempromosi dan membuka pengambilan di aras atas Pusanika.

Antaranya Kor Sukarelawan Polis Siswa/i (SUKSIS), Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES-ROTU) dan Kor Siswa-Siwi Pertahanan Awam (Kor-SISPA).


Objektif SUKSIS jelas dipamerkan



Antara yang terdapat di booth PALAPES

Sedikit penerangan daripada Kor-SISPA

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Timbalan Pendaftar, JPPel di talian 03-89215312.

Siswi FKAB Patah Kaki Dikejar Anjing

Bangi, 14 Sept - Satu kejadian telah menimpa seorang siswi dari Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina tahun 2, saudari Nurul Nadiah bt Mohd Sanusiy awal pagi semalam.

Kejadian yang berlaku ketika saudari Nadiah baru pulang dari solat Subuh dan sedang menuju bilik rakan beliau di blok 8C, Kolej Ungku Omar apabila seekor anjing yang tiba-tiba berada di bahagian atas tangga kecil yang menuju blok 7B dan 8C KUO menyalak dan kelihatan mahu menerkam mangsa.

Keadaan tangga yang kecil dan tidak sesuai digunakan menyebabkan mangsa yang terperanjat tiba-tiba terjatuh dari bahagian atas tersebut mengakibatkan dia patah tulang di bahagian paha kiri/

Seorang siswi dari bilik berhampiran blok 7B tersebut menyedari hal tersebut segera membantu mangsa. Tetapi dengan keadaan mangsa yang dilihat mengalami kepatahan, segera menghubungi pihak felo dan pentadbiran kolej.

Pihak pentadbiran kolej segera menghubungi Hospital Serdang dan pihak ambulans datang lebih kurang 6.30 pagi.

MPM Nurul Mardhiah selaku Biro Kebajikan & Aduan bersama-sama saudari Muslimah bt Marsi (Naib Presiden 2 -Hal Ehwal Siswi) PMUKM sempat menziarahi mangsa tengahari semalam.
 



Saudari Nadiah telah dipindahkan ke Hospital Temerloh lewat tengahari semalam menggunakan van UKM.

Rabu, September 14, 2011

Peringatan Buat Mahasiswa Tahun 1, Prasiswazah

Pengumuman khusus buat semua mahasiswa tahun 1.

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) telah mengeluarkan satu Pekeliling Akademik Bil.26/2011 bertajuk SEMAKAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2011-2012.

Antara perkara penting untuk tindakan mahasiswa tahun 1, anda diminta;
(a) membuat semakan senarai kursus yang telah didaftarkan dengan melayari laman sesawang http://www.ukm.my/smpweb dan 
(b) memastikan kursus yang telah didaftarkan tidak bertindan di antara satu sama lain lain terutama kursus yang melibatkan luar fakulti seperti ZZZE1002 Foundation English dan ZZZT1054  Pembangunan Diri.
      Jika terdapat sebarang pertindanan, sila rujuk di Pusat Pengajian Umum (PPU) untuk tukar set kursus tersebut kepada hari dan masa yang lain.
      Jika kursus tersebut merupakan kursus fakulti, sila berhubung terus dengan fakulti untuk penjadualan semula. 

* Mahasiswa juga diingatkan untuk TIDAK MENGGUGURKAN kedua-dua kursus tersebut jika telah didaftarkan kerana kelak akan menganggu proses pembelajaran pada masa akan datang.
* Mahasiswa digalakkan untuk mencetak slip pendaftaran kursus untuk rujukan dan simpanan pelajar.

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)

Ayuh Kenali Universiti Kebanggaan Malaysia !



(Klik gambar untuk besarkan)

Selasa, September 13, 2011

Senarai Perjalanan Bas UKM Mengikut Zon

Jadual laluan bas UKM mengikut zon di atas telah disediakan oleh Biro Informasi & Penerangan PMUKM, untuk makluman rakan-rakan mahasiswa. 

Diharapkan malumat berikut sedikit sebanyak akan membantu rakan-rakan mahasiswa terutama yang baru mendaftar minggu lalu.

Semoga berjaya !