Khamis, Disember 25, 2014

PMUKM CAKNA : USAHA TERBAIK BANTU MANGSA BANJIR

Oleh : Muhamad Usamah bin Mohd Kamaruddin
Timbalan Bendahari
MPP UMUM 1/2

25 Disember 2014, UKM Bangi - PMUKM dengan kerjasama Pusat Islam UKM dan ISIUKM telah mengadakan Solat Hajat dan Tazkirah Khas bertempat di Masjid UKM bagi mendoakan saudara-saudara kami yang ditimpa musibah banjir yang tidak mampu dihadapi oleh kudrat manusiawi.


Alhamdulillah, solat hajat dan kutipan derma telah berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh warga UKM beserta masyarakat di sekitar Bangi. Kutipan derma sehingga kini ialah sebanyak Rm1,802.60. Kami juga menerima banyak bantuan dari sudut material seperti pakaian, peralatan dan sebagainya. Terima kasih kepada mereka yang sudi memberikan sumbangan pada hari ini.


Berkenaan isu banjir yang melanda kawasan pantai timur dan sebahagian kawasan lain, PMUKM telah menubuhkan Sukarelawan Banjir PMUKM di bawah seliaan MPP Usamah Kamarudin. Oleh itu, pergerakan sukarelawan ini adalah seperti berikut yang telah bermula pada hari ini iaitu Majlis Solat Hajat di Masjid UKM :

29/12/2014 - 19/1/2015 : Pelancaran tabung dan kutipan derma di semua pusat peperiksaan (selepas setiap sesi exam)
20/1/2015 : Sukarelawan bergotong-royong di beberapa kawasan banjir ( bergantung kepada keadaan jika sudah surut)

Aktiviti berterusan :
1 ) Hantaran bantuan material ke bilik PMUKM yang bertempat di bangunan PUSANIKA
2 ) Update terkini keadaan banjir

Keahlian sukarelawan akan dibuka secara "Online" melalui link ini http://goo.gl/forms/csp7sQM0Cp  kepada pelajar yang berminat. Boleh berhubung terus dengan MPP USAMAH, MPP HAFIZ ISMAIL atau MPP WAN MUHAMMAD HAFIZ. Pergerakan ini adalah dengan kerjasama HEJIM UKM, Pusat Islam UKM dan Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM).

“ Tiada sesuatu kesusahan atau bala bencana yang ditimpakan di muka bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah termaktub di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah teramat mudah bagi Allah ”.
( Surah Al-Hadid : 22 )

MPP PMUKM bersama penceramah Dr Muhammad Faisal dan beberapa wakil Persatuan Pelajar

MPP PMUKM yang turut menghadiri Majlis Solat Hajat di Masjid UKM sebentar tadi

Sekian,

"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"