Rabu, Oktober 01, 2014

MINGGU PENGENALAN PERSATUAN PMUKM

17 September - 27 September 2014, UKM Bangi - Perjalanan Minggu Pengenalan Pelajar (M3P) Persatuan Mahasiswa UKM telah berjalan lancar dan jayanya pada 17-27 / 9 /2014. Dengan bertemakan #inibarurare, membawakan suatu kelainan kepada mahasiswa UKM sepanjang program berlangsung. Dengan dihadiri oleh mahasiswa dari pelbagai latarbelakang pengajian mahupun bidang dan tidak terkecuali kakitangan UKM sendiri. Di pihak kami menyediakan pelbagai aktiviti dan program untuk memberikan mahasiswa UKM merasa kebersamaan PMUKM sesi kali ini. Sesi kali ini juga menjadikan bilik PMUKM sebagai tempat berlangsungnya M3P, dengan membuka seluas-luasnya pintu memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa UKM untuk mengunjunginya.


Diantara aktiviti yang dianjurkan semasa M3P adalah seperti “Jika Saya YDP PMUKM” yang mana menarik mahasiswa untuk meletakkan diri mereka seperti YDP PMUKM pada masa ini. Kami akan bertanyakan kepada mereka apa yang mereka akan lakukan jika mereka sebagai YDP PMUKM.

Salah seorang mahasiswa UKM mengayakan dirinya ketika di temat YDP PMUKM


Selain itu, sempena Hari Malaysia kami menganjurkan aktiviti “Harapan Saya” yang mana mahasiswa UKM akan menulis harapan mereka  untuk Malaysia diatas kertas kan menampalkan nya di sebatang pokok harapan.


Dipihak PMUKM, kami menawarkan kepada mahasiswa UKM aktiviti “Meeting Cara MPP” yang mana membawa kepada mahasiswa UKM untuk melawat dan merasakan kelainan di billik meeting PMUKM dan sedikit sebanyak memotivasikan mahasiswa UKM untuk lebih berkepimpinan.


Pada tanggal 24 / 9 / 2014, sempena perasmian penutup oleh TNC HEPA yaitu Prof Datin Noor Aziah binti Mohd Nawal. Kami menganjurkan pelbagai aktivi tambahan yang mana kami membawa seorang bloger UKM yaitu Azfar Hamdi (MRTHEALLSHARED), merupakan pelajar Fakulti Sains Teknologi dan Maklumat yang mana berkongsi tentang Dakwah Media bersama dengan mahasisa UKM. kami juga membawakan 2 ekor ular albino dan sawa untuk menarik minat Mahasiswa UKM untuk mengunjungi hari perasmian tersebut. Pelbagai reaksi dan kerenah mahasiswa pada ketika itu kami hadapi untuk bergambar bersama ular tersebut. Selain itu juga kami malakukan aktiviti “Fear Factor PMUKM” yang mana membawa keterujaan kepada mahasiswa UKM unutk memasuki aktiviti tersebut. Ada yang hanya separuh jalan da nada juga yang berjaya.
Mahasiswa yang sempat bergambar dengan ular albino
Bersama bloger UKM, Azfar Hamdi.
Mahasiswa yang berjaya melepasi cabaran Fear Factor PMUKM

Akhir kalam, kami di pihak PMUKM mengucapkan jutaan terima kasih kepada mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung. Kami mengharapkan mahasiswa UKM terus bersama-bersama PMUKM untuk menjunjung usaha pihak pentadbir UKM untuk menjadikan UKM sebagai “Guardian Of Nation” agar terus releven di mata masyarakat.




Mohamad fadhli Mohd Asimoni
MPP Umum Tahun 1/2
Biro Pembangunan Mahasiswa PMUKM 13/14






::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::