PMUKM telah menerima aduan melalui email dari seorang penghuni Kolej Kediaman Rahim Kajai berhubung dengan lubang bahaya yang terdapat di kawasan blok K 16 B, bahagian blok lelaki. Menurut pengadu, beliau pernah terjatuh ke dalam lubang yang tidak tertutup itu ketika melalui kawasan tersebut pada waktu malam. Hal demikian ini kerana keadaan tempat tersebut sangat gelap dan tidak mempunyai sebarang tanda amaran yang menunjukkan keadaan berbahaya di sekitar tersebut.
Kedalaman lubang tersebut dikatakan sekitar 4 kaki dan ini menjadikan keadaan sangat berbahaya pada waktu malam sekiranya terjatuh. Pelajar berkenaan yang dilaporkan cedera ditapak tangan kerana terjatuh ke dalam lubang tersebut mengharapkan pihak berkenaan dapat mengambil tindakan lanjut untuk mengelak lebih banyak kecelakaan pada masa akan datang.
Keadaan Lubang |
Sehubungan dengan itu, PMUKM mengharapkan ada tindakan sewajarnya oleh pihak tertentu bagi mengelak sebarang masalah yang berlaku di kawasan tersebut pada masa akan datang.
PMUKM juga mengharapkan pihak kolej dapat mengambil tindakan secepat mungkin sebelum pelajar mendaftarkan diri untuk sesi 2012/2013. Tindakan semua pihak amat diharapkan dan barisan kepimpinan pelajar mengucapkan terima kasih diatas kesudian semua pihak untuk membuat tindakan segera seperti yang dilaporkan.

"BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI"