Sabtu, April 03, 2010

Solat Hajat dan Tazkirah daripada Pemimpin Mahasiswa


KL, 3 APRIL-Roadtour Solat Hajat dan Tazkirah MPP Mahasiswa ke surau kolej-kolej kediaman berakhir di Kolej Tun Syed Nasir, semalam. Solat Hajat diadakan berikutan isu Palestin yang kian dipinggirkan dan juga sempena peperiksaan akhir yang bakal dihadapi tidak lama lagi. Aktiviti yang dijalankan hampir 2 minggu itu memberi ruang kepada MPP Mahasiswa untuk mengimamkan solat dan memberi tazkirah atau peringatan kepada mahasiswa/i yang hadir.


"Pada saat ini, kita tak mampu mengangkat senjata membantu umat Palestin yang ditindas golongan yang tidak berperikemanusiaan. Untuk peperiksaan akhir semester, sememangnya kita mampu berusaha untuk melakukan yang terbaik, namun Allah masih menjadi penentu segalanya. Jadi, mudah-mudahan solat hajat dan doa kita dimakbulkan seterusnya menjadi senjata yang cukup ampuh bagi individu mukmin."kata Nik Syafie, MPP FPI.