PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Selasa, September 13, 2011

Majlis Serahan Tajaan UKM Konvo LeRun MTB Mini Jamboree

Sekretariat Pesta Konvokesyen giat meneruskan langkah mempromosikan Pesta Konvokesyen UKM Ke-39 dengan mengadakan siri-siri aktiviti program yang menarik.


Terbaru telah berlangsung 'Majlis Sidang Media & Serahan Tajaan UKM Konvo-LeRun MTB Mini Jamboree' di aras 4, Bangunan Pusanika UKM Bangi. Majlis yang berlangsung pada pukul 3 petang dan berakhir 4.30 petang.

Saudari Norkamilah Binti Maafol@Mahol selaku Pengarah Program UKM Konvo-LeRun MTB Mini Jamboree ini dalam ucapannya telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak khususnya penaja-penaja dalam program Mini Jamboree ini.


Syarikat LeRun Industries Sdn Bhd selaku Penaja Utama bagi Mini Jamboree ini telah diwakili Encik Chanson Lau selaku Pengurus Pemasaran telah turut hadir dalam majlis ini.

Senarai penaja lain bagi program ini :

Penaja Bersama
Koperasi Unikeb Berhad Ukm
Restoren Ameer Ali
Beskalku
Bulatan Indah
All America
Konica Minolta
Azizi Boutique
Kayuh-Kayuh
Persatuan Berbasikal Masters Malaysia
Fahrenheit Bikes & Part
Attop

Media Rasmi
Radio Televisyen Malaysia (RTM 1)

Media Sokongan
Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia
Scoreboard
Cycling Malaysia
Dunia Sukan Online
Sukan Mania
Roda Pantas
Harian Metro
Berita Harian

Dengan Kerjasama
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
JPPel UKM
Kolej Antarabangsa Ibu Zain
Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) UKM
Pusat Permata Pintar Malaysia
Yayasan Anak Warisan Alam Malaysia
Seri Putra Riders
Bangi Cycling Group

Laman blog bagi UKM Konvo - LeRun MTB Mini Jamboree 2011 ini boleh dilayari di http://konvojamboree.blogspot.com/

Isnin, September 12, 2011

Jadual Perancangan Belajar

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera buat semua rakan mahasiswa UKM. Semoga dengan bermulanya sesi pengajian yang baru ini bakal membawa harapan dan semangat yang baru buat kita semua.

Sedikit buah tangan daripada Biro Akademik & Keintelektualan PMUKM, sebagai garis panduan buat rakan-rakan sama ada junior atau senior, agar dapat memanfaatkan sesi pengajian pada kali ini dengan Jadual Perancangan Belajar yang telah disusun seperti di bawah.


Ahad, September 11, 2011

Sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Malaysia 2011 UKM


Dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Malaysia 2011 Peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 12 September 2011 (Isnin)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Stadium UKM, Bangi

Atur Cara
7.30 malam : Ketibaan para Peserta
8.20 malam : Perbarisan Masuk Kawad Hormat
8.25 malam : Ketibaan para Tetamu Jemputan
8.40 malam : Ketibaan Naib Canselor UKM
8.45 malam : Ketibaan Pengerusi LPU
8.50 malam : Perrbarisan Keluar Kawad Hormat
8.55 malam : Bacaan Doa
9.00 malam : Perbarisan Masuk Kontinjen Kolej-kolej Kediaman dan Persatuan Pakaian Seragam
9.20 malam : Ucapan Alu-aluan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), YBhg Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim
9.25 malam : Ucapan oleh Naib Canselor UKM, YBhg Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
9.30 malam : Penyampaian Hadiah
9.45 malam : Perbarisan Masuk Kawad Hormat
- Upacara Penyerahan Jalur Gemilang
- Nyanyian Lagu Negaraku
9.55 malam : Persembahan ARTISUKMA dan Nyanyian Lagu Patriotik
10.30 malam : Perbarisan Keluar Kontinjen Kolej-kolej Kediaman dan Persatuan Pakaian Seragam
10.45 malam : Jamuan Ringan dan Bersurai

Jumaat, September 09, 2011

Makluman Perincian Potongan Yuran Kolej Kediaman

Makluman terkini daripada Jabatan Bendahari UKM berkenaan harga yuran penginapan kolej-kolej kediaman UKM bagi Semester 1 Sesi 2010/2012.

(A) Kolej Keris Mas (KKM) & Pendeta Za'ba (KPZ)

Kadar Asrama sahaja (1 bilik 2 orang)
i. RM 4.50 sehari x 18 minggu x 7 hari          =  RM 567.00
ii. Yuran JAKSA                                          =  RM 100.00
iii. Kemudahan (Wifi)                                    =  RM 45.00
iv. Kemudahan elektrik                                 =  RM 25.00
                                                   JUMLAH =  RM 737.00


(B) Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI)

Kadar Asrama sahaja (1 bilik 1 orang)
i. RM 4.00 sehari x 22 minggu x 7 hari            =  RM 616.00
ii. Yuran JAKSA                                            =  RM 100.00
iii. Kemudahan (Wifi)                                      =  RM 45.00
iv. Kemudahan elektrik                                   =  RM 25.00
                                                    JUMLAH  =  RM 786.00


(C) Kolej-kolej lain

Kadar Asrama sahaja (1 bilik 2 orang)
i. RM 2.50 sehari x 18 minggu x 7 hari             =  RM 315.00
ii. Yuran JAKSA                                             =  RM 100.00
iii. Kemudahan (Wifi)                                       =  RM 45.00
iv. Kemudahan elektrik                                    =  RM 25.00
                                                    JUMLAH   =  RM 485.00

NOTA :
1. Caj sebenar akan berlaku apabila mahasiswa mendaftar diri di kolej masing-masing bergantung kepada jenis bilik dan tempoh sebenar tinggal di kolej. Kemungkinan yang dijangka berlaku adalah mahasiswa akan terkurang atau terlebih caj yuran penginapan.
2. Sehubungan itu semua mahasiswa diminta menyemak akaun masing-masing melalui SMP Web untuk mengetahui jumlah yang perlu dibayar dan jumlah yang terlebih bayar.

  
Sedikit tambahan, untuk menjawab persoalan dan pertanyaan rakan-rakan mahasiswa UKM berkenaan Yuran Aktiviti JAKSA Kolej Kediaman UKM yang dibayar sebanyak RM 100 setiap sesi, berikut merupakan perincian di atas setiap ringgit yang anda bayar. (Sumber : Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UKM)

Aktiviti JAKSA    : RM 30.00
Jamuan Tahunan   : RM 20.00
Kebajikan            : RM 10.00
T-Shirt MMP       : RM 16.00
Bilik Sumber         : RM 20.00
Kad Kolej            : RM 4.00
JUMLAH             RM 100.00

Peringatan Tambahan :
1. Jangan bayar apa-apa yuran lain yang diminta pihak kolej, misalnya t-shirt kolej, kerana rakan-rakan telah pun membayar t-shirt kolej berharga RM 16.00 yang standard melalui potongan yuran kepada Jabatan Bendahari, dan hal ini sama bagi semua kolej kediaman di UKM.
2. Jika anda menghadapi masalah seperti tiada paip air, pili air rosak, tombol pintu rosak, lampu kalimantang terbakar, segera laporkan kepada JAKSA Kebajikan kolej anda, dan pihak pengurusan kolej kediaman masing-masing. Harus diingatkan rakan-rakan telah membayar RM 10 setiap orang bagi satu semester. Justeru itu, hak anda sebagai penghuni kolej harus diperjuangkan.
3. Juga disyorkan anda memanfaatkan sepenuhnya Bilik Sumber kolej kediaman anda. Sekiranya ada kekurangan seperti meja atau kerusi atau lain-lain, segera ajukan kepada pentadbiran kolej. Anda berhak mendapat ruang untuk berada di bilik sumber kolej kediaman anda masing-masing di atas harga RM 20.00. Jadikanlah amalan membaca sebagai amalan rutin harian kita.
4. Sertai juga program aktiviti-aktiviti JAKSA kolej kerana rakan-rakan telah membayar sebanyak RM 30.00 (Yuran JAKSA). Lebih elok sekiranya rakan-rakan juga mampu menjadi AJK pelaksana program JAKSA tersebut kerana melalui penganjuran aktiviti-aktiviti akan mencambahkan idea rakan-rakan. Tetapi pegang kepada prinsip kita adalah mahasiswa yang berpaksikan keintelektualan dan idealis.
5. Sebagai peringatan juga akan ada pertambahan yuran dari semasa ke semasa berlaku. Rakan-rakan disarankan selalu menyemak akaun di SMP Web dan terus berhubung dengan pihak pentadbiran kolej sekiranya menghadapi sebarang permasalahan.

Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

Khamis, September 08, 2011

Manual Pendaftaran SPIN UKM

Makluman untuk semua rakan mahasiswa khususnya yang baru mendaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Untuk mendaftar dan menggunakan aplikasi Sistem Maklumat Pelajar (SMPWEB) dan Sistem Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran Interaktif UKM (SPIN), sila ikuti arahan seperti di bawah:

a)  Kemaskini E-mel di SMPWEB menggunakan no matrik dan katalaluan yang diberi dari slip pendaftaran
b)  Daftar untuk dapatkan katalaluan SPIN di http://www.spin.ukm.my/
     - Video Tutorial Pendaftaran SPIN
c)  Dapatkan katalaluan SPIN dari emel dan login menggunakan no matrik dan katalaluan tersebut
d)  Cara memperoleh katalaluan yang hilang dan lain-lain nota penggunaan SPIN boleh diperoleh melalui manual berikut.