PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Isnin, Ogos 29, 2011

Perutusan Aidilfitri 1432H & Hari Kebangsaan Presiden PMUKM

Assalamualaikum wbt.

الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Syukur ke hadrat Allah kerana kita berjaya menempuh bulan Ramadan al-Mubarak dengan penuh ketaatan dan ketekunan. Tiadalah hadiah kejayaan yang terlebih besar dan istimewa dari kejayaan memperoleh status takwa.

Nilai ketakwaan inilah yang akan membawa kita untuk terus beristiqamah dalam menyongsong perjuangan yang serba mencabar ini sebagaimana ayat 103 di dalam surah Al-Baqarah;

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertakwa."

Jelas diperingatkan bahawa orang yang bertaqwa adalah mereka yang senantiasa mentaati perintah Allah dan amat takut untuk melakukan kejahatan.

Justeru semoga ‘Madrasah Ramadhan 1432’ yang baru kita lalui ini akan menjadi ikhtibar untuk kita meneruskan amalan yang baik yang dilaksanakan sepanjang Ramadhan.

AIDILFITRI HARI KEMENANGAN
Aidil Fitri adalah hari kebesaran kurniaan Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah Taala. Orang yang bertakwa adalah mereka yang senantiasa mentaati perintah Allah dan amat takut untuk melakukan kejahatan.

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Al-Ahzab: 71)

MERDEKA DARIPADA HAWA NAFSU
Pada kali ini, kita menyambut bakal menyambut Hari Merdeka dalam suasana yang sedikit berbeza kerana ia jatuh pada waktu yang hampir sama dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Justeru, ayuh kita sambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-54 ini dengan pendekatan yang sedikit berbeza dengan kita merenung kembali apakah signifikasi peristiwa hari ini kepada kita, dan bagaimana setiap daripada kita ingin memainkan peranan.

Juga dengan berkat Aidil Fitri kali ini, kita dapat mentautkan kembali tali silaturrahim bersama jiran tetangga dan sahabat handai. Saya yakin kesempatan yang ada ini akan digunakan juga oleh rakan-rakan dari berbilang bangsa untuk meneruskan tradisi kunjung-mengunjung antara satu sama lain sementelah kita dalam 'mood' hari Merdeka.

Dan pada kesempatan ini, marilah sama-sama kita membaharui semangat untuk meningkatkan lagi kerja dan amal kita dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT, menguatkan ukhuwah, persaudaraan di kalangan kita dengan ukhuwah iman dan Islam yang menyatukan umat Islam sehingga mereka tidak ada beza di antara satu sama lain.

Dan tidak ketinggalan untuk saya ucapkan selamat pulang berhari raya di negeri tercinta ini kepada rakan-rakan yang berada di perantauan.

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam.” (Surah Ali Imran: 102)

الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر


Lt. Muda Ahmad Muzzammil Muhd Hairi
Presiden 
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM)

Perutusan Raya & Merdeka Pengerusi Biro Informasi & Penerangan

Pertama dan selamanya, marilah kita panjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T yang telah mengizinkan kita untuk terus mengecapi nikmat kembali kepada fitrah setelah melalui fasa tarbiyyah di bulan Ramadhan. Juga selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Penyelamat Ummah, Rasulullah SAW, ahli keluarga beliau, para sahabat dan tabien sekalian.

Sesungguhnya kita telah melalui fasa tarbiyyah tahunan di bulan Ramadhan yang disebut-sebut sebagai penghulu segala bulan. Selama tiga puluh hari hidup kita menyaksikan pertarungan sengit antara diri yang ingin menuntut fitrah menurut nafsu yang tidak sedikit. Justeru apabila tiba 1 Syawal, Allah Mahas Suci telah mewajibkan umat Islam meraikan kemenangan perjuangan ini dengan pengharaman berpuasa dan diwajibkan kita merayakan 1 Syawal ini.

Maka diharapkan dengan kedatangan Syawal serta berlalunya Ramadhan bersama-sama proses tarbiah mampu menjadi bekalan bagi menghadapi bulan-bulan seterusnya. Gunakanlah segala hasil tarbiah Ramadhan untuk menyemarakkan lagi semangat beribadah dan bermujahadah. Pastikan kita sentiasa berterusan mengunjungi masjid dan surau untuk menunaikan solat berjamaah, mengikuti kelas-kelas pengajian, tadarus al-Quran dan amalan-amalan kebajikan sehingga dapat membentuk diri dan umat Islam yang mantap iman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Insya’Allah, akan diperolehi pertolongan yang dijanjikan oleh Allah kepada umat Islam.

TRANSFORMASI DIRI DI BULAN RAMADHAN
Sesungguhnya perkara yang paling digemari Rasulullah adalah bersederhana (wasatiyyah). Maka bersesuaian dengan Ramadhan yang bakal ditinggalkan, alangkah mulianya jika setiap kita lebih mengutamakan keperluan(need) daripada kehendak(desire) dalam merancang sesuatu hal. Kita wajar berusaha supaya amal selepas Ramadhan ini tidak sesekali bercampur aduk dengan perkara-perkara berbentuk maksiat serta pembaziran kerana ia amat bertentangan dengan ajaran Islam.

Menyahut tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”, marilah kita sama – sama mentransformasikan diri daripada diri yang dulu kepada yang lebih baik dengan impak ibadah dalam bulan Ramadhan yang telah kita jalani sebelum ini. Signifikan hari kemerdekaan yang jatuh pada bulan Syawal ini bukan hanya semata – mata perlu dirasai dengan merdekanya negara kita daripada kawalan kuasa asing; penindasan dan penjajahan ataupun merdeka daripada mengikut telunjuk orang lain.

Tetapi ayuh kita raikan juga sambutan hari kemerdekaan dalam bulan Syawal pada tahun ini dengan memerdekakan diri kita daripada hawa nafsu yang membelenggu selama ini. Moga kita mampu lepas dan bebas daripada telunjuk dan perhambaan kepada syaitan pasca Ramadhan kali ini. Semoga dengan itu, kita mampu hidup dalam Redha Ilahi dan sejahtera bersama Rahmat – Nya sentiasa.

TANGGUNGJAWAB PERJUANGAN MAHASISWA
Apabila disebut tanggungjawab perjuangan, ia merupakan topik serius yang memerlukan perhatian yang serius kita bersama. Imam Hasan al-Banna menyebutkan di dalam karangan-karangan beliau, "sesungguhnya hidup ini sifatnya berkorban bukan hanya menadah tangan dan berserah nasib." Itulah sifat pejuang dan penda’wah yang menjulang panji ketuanan agama. Mereka mempunyai daya tahan dan jati diri yang tinggi, bersedia untuk berdikari dan memberi.

Maka di kesempatan ini pihak PMUKM sekali lagi mengulangi gesaan di peringkat rakyat marhaen yang inginkan UKM secara khusus mencari titik keseimbangan antara teori dengan amal, sains dengan sastera dan kesejahteraan rohani dengan kemajuan material sebagaimana yang ditekankan di dalam Falsafah Universiti yang tercipta bersama-sama penubuhan UKM 41 tahun dahulu.

Juga perlu sentiasa diingatkan bahawa tanggungjawab universiti bukanlah semata-mata untuk memenuhi tuntutan keperluan tenaga mahir di pasaran sahaja, tetapi lebih penting dan besar daripada itu, ialah sebagai badan yang dapat membina pemikiran yang kritikal dan berwawasan.

Dalam kata lain UKM secara khusus dan IPTA-IPTA lain perlu memimpin dan menawarkan gagasan, jalan dan cara bagaimana perubahan harus ditangani. Universiti seharusnya, pada ketika tertentu dan dalam isu-isu tertentu, perlu membantu masyarakat dan negara untuk membuat pilihan di antara pilihan yang ada berasaskan penyelidikan yang rapi dan meyakinkan.

Isu-isu asas yang masih menghambat kepada kemajuan dan pembangunan komuniti serta sosio-ekonomi negara seperti pembinaan negara bangsa, pembangunan teknologi & sains untuk komuniti, mengukuh warisan dan ketamadunan bangsa, dan mengukuhkan daya saing negara di samping matlamat asas Universiti untuk membangunkan sumber modal insan yang berilmu merupakan isu pokok yang masih memerlukan siri-siri penyelidikan yang mendalam.

PERANAN MAHASISWA
Di peringkat mahasiswa, PMUKM berhasrat untuk menggembleng tenaga mahasiswa dalam usaha menjayakan agenda-agenda Universiti yang sangat banyak dicadangkan khususnya di bawah Pelan Transformasi UKM. Apapun penggemblengan tenaga mahasiswa ini tidak lari dari tiga (3) tonggak utama yang disebut di dalam Ucapan Dasar Presiden dahulu iaitu (i) mahasiswa untuk mahasiswa, (ii) mahasiswa untuk masyarakat dan (iii) mahasiswa untuk negara; dalam menjana kepimpinan berkaliber hari ini dan membina pengganti kepimpinan pada akan datang.

Justeru dengan tema "Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti" kepimpinan Persatuan Mahasiswa UKM sesi kali ini selaku badan induk yang menaungi lebih seratus persatuan mahasiswa lain di UKM, akan berjaya meraih sokongan dan dokongan rakan-rakan mahasiswa dan rakyat Malaysia secara amnya dari jauh. 

Dan semoga Aidilfitri kali ini benar-benar disambut sebagai kita yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen).



Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 H & Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke-54


Aida Rahayu binti Mohd Badri
Pengerusi Biro Informasi & Penerangan
Persatuan Mahasiswa UKM Sesi 2010-2011

Ahad, Ogos 28, 2011

Transformasi mahasiswa di bulan Ramadhan - Noraini

Assalamu'alaikum, salam Ramadhan dan salam Kemerdekaan.

Sedikit teruja di hati dengan sedikit masa lagi bakal kedengaran kalimah takbir yang bakal berselang dengan lagu-lagu raya yang kini sedang meriah berkumandang. Namun diharapkan ia tidak membantutkan pemburuan kita di hari-hari terakhir Ramadhan yang dijangka berbaki dua hari lagi ini.

Selaku Pengerusi Biro Perpaduan & Kemasyarakatan, saya mewakili rakan-rakan di Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) pada sesi kali ini ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah sunat yang lain di samping selamat menyambut hari Kebangsaan; serta paling utama Hari Raya Fitrah nanti. Taqaballah-huminna-waminkum. Semoga apa yang telah, sedang dan akan dilakukan di dalam keberkatan dan rahmat daripada-Nya.

Kami di PMUKM ingin berpesan dan memohon kepada rakan-rakan mahasiswa agar berhati-hati ketika memandu kereta atau menunggang motorsikal semasa beraya nanti, serta ketika ingin pulang nanti ke UKM.

Mahasiswa Diajak Ambil Hikmah Ramadhan
Di kesempatan ini juga kami ingin mengajak rakan-rakan supaya kita mengambil hikmah dan mengadaptasikan 'modul ibadah' sepanjang bulan Ramadhan ke dalam kehidupan kita dalam 11 bulan yang seterusnya. Modul-modul yang telah disusun Allah seperti menahan nafsu dengan berpuasa serta mengerjakan qiyamulail di dalam bulan Ramadhan ini harus kita hadam dengan kefahaman yang jelas agar kita tidak menjadi generasi yang sekadar mengikut semata-mata.

Ingin dipesani, bukti kejayaan tarbiyyah Ramadhaniyyah yang telah dilalui adalah apabila kita bukan menjadi golongan Ramadhaniy yang merasa dirinya hamba ketika di bulan Ramadhan sahaja, tetapi kekal istiqamah berterusan merasakan dirinya sebagai hamba Tuhan sepanjang masa. 

Mungkin kerana kita di negara ini, kita ditarbiyyah oleh Allah dalam keadaan senang. Ramadhan dihampar ketenangan beribadah, juadah berbuka yang mudah diperolehi dan pelbagai. Justeru kita hanya berasa susah di sebilangan waktu sahaja.

Sesungguhnya tarbiyah Ramadhan mengajar kita untuk mengingati umat manusia di luar sana. Janganlah kita hanya mengaku telah ditarbiyah tetapi kesedaran akan nasib rakyat dunia masih belum timbul.

Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan menegah dari yang mungkar. (Ali Imran 104)

Rakan Bukan Islam Juga Diseru Raikan Bersama
Menariknya pada tahun ini kita bakal menyambut Aidilfitri dan Hari Kebangsaan dalam musim yang sama. Ayuh kita mengambil hikmah di sambutan hari raya Fitrah 1432H dan Hari Kebangsaan ke-54, ini sebagai signal tanda diri kita juga bebas dari kongkongan hawa nafsu. Buktikan bahawa kita adalah generasi yang benar-benar 'merdeka'

Adalah tiada menjadi kesalahan sekiranya rakan-rakan di kalangan bukan Islam turut bersama-sama berkunjung ke rakan-rakan untuk menyambut hari raya Aidilfitri sekaligus membawa roh menyambut hari Merdeka nanti. Selari dengan tema Hari Kebangsaan kita pada kali ini, Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera, maka saya secara peribadi menyeru rakan-rakan bersama menyambut perayaan kali ini dengan jiwa yang merdeka.

Mengakhiri kalam, saya selaku Pengerusi Biro Perpaduan & Kemasyarakatan sekali lagi ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432 H dan selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Ke-54. Semoga Ramadhan yang bakal berlalu ini banyak memberi hikmah dan pengajaran kepada kita supaya matlamat akhir kita mencapai tahap bertaqwa bakal tercapai.

"BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI"


Noraini Binti Jumahir
Pengerusi Biro Perpaduan & Kemasyarakatan
Persatuan Mahasiswa UKM 10/11

Sabtu, Ogos 27, 2011

Laporan Bangunan Mahkamah Moot Dan Ruang Pembelajaran Fakulti Undang-Undang

Pada  11 Ogos 2011, jam 8.30 pagi,  Saudari Phang Siew Chin merangkap MPP Fakulti Undang-undang, MPP Wu Tuan Yuan, MPP Lim Keng Wai, wakil –wakil PMUKM,  bersama dengan Prof. Ir. Dato Othman A. Karim, TNC HEPA, Prof Madya Ir.Dr. Abdul Khalim Abdul Rashid, Pengarah Jabatan Pengurusan & Pembangunan (JPP), kontraktor, arkitek,  pihak-pihak yang berkaitan telah mengadakan mesyuarat Laporan Kelewatan Projek Bangunan Mahkamah Moot dan Ruang Pembelajaran Fakulti Undang-Undang  di  tapak pembinaan.

Fakta kelewatan adalah dijelaskan sepert berikut: (Sumber diperoleh daripada  Pegawai JPP bertugas, Encik Haji Wan Abdul Rashid dan kertas laporan yang dibekal semasa mesyuarat)

  1. AMZEC Resources Sdn Bhd (Amzec), Kontraktor Pertama yang menglibatkan kerja pembina bangunan tersebut mulai 1 Julai 2008 sehingga Disember 2009.
  2. Atas kelewatan pembinaan, pihak universiti  telah memberi notis dan amaran kepada  Amzec mengikut prosedure kontrak dan akhirnya menamatkan kontrak dengan Amzec dalam lingkungan  Tahun 2009.
  3. Namun Amzec telah membuat rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi dan Rayuannya diterima. Maka Amzec teruskan pembinaan, namun kerja pembinaan masih kelewatan.
  4. Pada awal Tahun 2010, Penamatan terus dengan Amzec dan tender dibuka semula mengikut prosedure dan tempoh yang ditetapkan.
  5. Pada 28/3/2011 hingga 28/9/2011, Tender telah diberi kepada Kenangan Emas, tender sekarang.  Namun kerja pemeriksaan keselamatan bangunan tersebut perlu diadakan.
  6. Kerja Pemeriksaan terhadap bangunan tersebut diadakan. Ini termasuk “hacking” terhadap dinding, lantai bangunan.  Hasil pemeriksaan, mendapati bahawa terdapat 45 beams yang ‘defects’.  Sila rujuk kepada gambaran dibawah:
  7. Beam yang cacat tersebut akan dikehendaki untuk dibaiki dengan menggunakan bahan Carbon Fibre Method. 
  8. Kerja kesempurnaan Projek dijangka tamat pada Mac 2012. Mesyuarat tapak adakn diadakan bagi memantau kerja pembinaan mengikut tempoh ditetapkan. Laporan perkembangan pembinaan akan dihantar ke JPP UKM dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
  9. Hasil Mesyuarat dan lawatan ke tapak atas kebenaran Pengarah JPP, MPP FUU dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat tapak yang akan datang untuk terus memantau perkembangan pembinaan tersebut.

Selaku MPP FUU, saya  berharapkan Mahasiswa/i  FUU dan warga fakulti, sila bersabar dengan kerja pembinaan tersebut dan kami akan terus memantau bersama pihak universiti  supaya kerja pembinaan akan disiap pada tepat masa. Kami(PMUKM) juga mengambil  kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih terhadap aturan mesyuarat dan penjelasan tersebut. Sekiranya, sesiapa mempunyai sebarang pertanyaan sila merujuk kepada Saudari Phang Siew Chin di phangsiewchin@gmail.com

Sekian.

Laporan disediakan oleh,
Saudari PHANG Siew Chin

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Khamis, Ogos 25, 2011

NewsPortal : Mahasiswa Digesa Jadikan UKM “Universiti Kebanggaan Malaysia”

Foto oleh Abd Raai Osman

BANGI, 21 Ogos 2011 – Setelah mencecah usia 40 tahun, UKM yang ditubuhkan untuk mendukung agenda kebangsaan, kini harus diangkat kedudukannya menjadi “Universiti Kebanggaan Malaysia”.

Ini bererti, usaha yang berlipat ganda harus dilakukan dengan menggunakan pendekatan Strategies, Energize dan Synergise (SES) iaitu strategi yang tepat, mengupaya semua sumber untuk bergerak dengan lebih pantas dan mensinergi segala kekuatan yang dipunyai bagi melonjakkan UKM kepada kedudukan yang jauh lebih baik berbanding sekarang.

Demikian gesaan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Ab Rahim Md. Noor yang juga ahli Lembaga Pengarah UKM kepada pemimpin pelajar dalam Majlis Iftar KSU KPT bersama Majlis Perwakilan Pelajar UKM di Kampus Bangi kelmarin.

Pendekatan SES perlu dilaksanakan oleh semua peringkat termasuk pelajar yang perlu diterajui para pemimpinnya.

Selaras dengan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara, beliau menyeru pemimpin pelajar mendukung cita-cita menjadikan semua universiti di negara ini termasuk UKM sebagai universiti ternama serta menjadi rujukan dunia.

Kementerian Pengajian Tinggi, katanya, beriltizam untuk meningkatkan keupayaan pelajar sehingga dihormati di peringkat antarabangsa dan menjadi ikon kejayaan Malaysia. Pembudayaan penyelidikan, pembangunan dan inovasi turut menjadi tujahan utama kementerian yang perlu disuburkan bagi menonjolkan kehebatan universiti khususnya universiti awam di negara ini.
Sekiranya perkara-perkara ini berjaya disemai, disubur dan dibudayakan di UKM pastinya UKM akan menjadi sebuah universiti yang terus dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Dato’ Ab Rahim turut menggesa semua pelajar berusaha mengukuhkan perpaduan antara mereka selain mempunyai fikiran terbuka, tidak taksub dan mudah terpengaruh kepada sesuatu aliran pemikiran tanpa berfikir secara objektif dan adil.

Generasi muda hari ini harus bersyukur dengan pencapaian negara hasil sumbangan generasi terdahulu, namun perlu terus bersama membangunkan negara dengan meningkatkan pencapaian sedia ada serta memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan yang wujud.

Beliau mengajak pimpinan pelajar menjadi pemimpin membawa perubahan dikalangan pelajar untuk mendokong usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020 nanti.
Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Ir Dr Othman Abdul Karim, Presiden PMUKM, Ahmad