PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Jumaat, Disember 31, 2010

Himpunan 1111 : 300 mahasiswa daripada UKM

Sumber : Blog GMUKM

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) menyasarkan akan dapat menghantar seramai 250 - 300 orang mahasiswa-mahasiswa UKM dari kampus Bangi, Cheras dan Kuala Lumpur ke program Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia 1.1.11 pada hari Sabtu ini.

Jurucakap GMUKM yang juga Pengerusi Gerakan Mahasiswa Lantang Negara, saudara Fadhlan bin Sugiman berkata, "Setakat kini (daripada) maklumat yang kita peroleh daripada 'front-front' sama ada di Bangi, Cheras dan KL (Kuala Lumpur) mendapat respon yang positif.

" Mobilasi ahli-ahli daripada GMLN, AKSIS, MAMPU, KAMI dan di segenap lain-lain kawasan telah memberikan jaminan bahawa kita mampu mengumpul dan menghantar seramai kira-kira 250 hingga 300 mahasiswa. Itu tidak termasuk mahasiswa-mahasiswa yang tidak respon dan berdaftar dengan kita lagi. Tetapi jika masih ada mana-mana mahasiswa yang ingin menyertai himpunan ini juga masih dapat mendaftar dengan kami melalui Facebook.

" Kita percaya dengan semangat azam tahun baru di dekad baru ini; 2011 ini akan menyuntik dan memberi sedikit sebanyak semangat yang baru yang sinergi dan mantap. Kita percaya, sebagai salah sebuah universiti yang agak senior, jumlah seramai 250 atau 300 bukan sekadar itu sahaja, tetapi akan bertambah dalam sedikit masa lagi, " tambah beliau lagi.


Dalam pada itu, pengarah program himpunan ini, saudara Mohd Ezuan Saad, himpunan yang bakal disertai lebih daripada 50 buah institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta itu dan diharap akan dapat membawa mahasiswa turun ke lapangan masyarakat serta memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara.

"Himpunan ini diharapkan dapat berperanan sebagai medan kapada setiap mahasiswa di seluruh negara untuk tampil dengan wajah dan nafas baru yang lebih dinamik pada tahun baru 2011.

" (Di peringkat) kami mahu para mahasiswa terus memainkan peranan yang dominan di dalam masyarakat serta politik dalam negara kita," ujar beliau lagi.

Sementara itu pula menurut jurucakap GAMIS, saudara Ahmad Shukri Kamarudin berkata, program lima jam tersebut bermula seawal pukul 8.30 pagi itu bertujuan memberikan mesej bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat.

Program ini juga antara lain telah menggariskan beberapa buah objektif yang ingin dicapai seperti;
i. Menghimpunkan mahasiswa Malaysia sebagai tanda solidariti di bawah semangat patriotisme
ii. Merangka deklarasi Mahasiswa Malaysia bersempena dengan kedatangan tahun baru 2011
iii. Memberikan mesej kepada masyarakat bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat Malaysia
iv. Memberi gambaran kepada masyarakat bahawa segala tindakan yang dilakukan oleh mahasiswa adalah berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap Negara.

Menurut saudara Ahmad Shukri lagi, program itu akan diisi dengan acara melakar kain rentang bertemakan Jalur Gemilang, Pidato Mahasiswa 'berantai' dan pengisytiharan Deklarasi Mahasiswa 1.1.11

Mesin ATM Bakal Dibina di UKM KL


Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera



Pertama sekali,mohon maaf semua kerana sudah lama tidak memaklumkan anda tentang perkembangan isu ini . Setelah berkali-kali perjumpaan dan perbincangan yang dilakukan, alhamdulillah terdapat perkembangan baru yang mungkin mengukir senyuman di bibir kita:) InsyaAllah, terdapat dua mesin ATM yang akan diwujudkan iaitu CIMB dan juga BIMB. CIMB akan dibina dalam masa terdekat ini di bawah bahagian TIBE manakala BIMB akan dibina setelah proses
renovation Jabatan Bendahari siap dilakukan pada semester akan datang di Blok E.


Pihak penolong pendaftar kampus memaklumkan pihak CIMB melakukan
site
verification pada 28 Disember 2010 sebagai susulan prosedur tertentu yang telah dijalankan sebelum ini bagi membina mesin ATM. Jika segala prosedur telah siap dan pemasangan kabel telah dilakukan, insya-Allah proses pemasangan akan berjalan selama seminggu jikalau tiada sebarang halangan. Sama-sama kita doakan semoga proses pemasangan tersebut dapat dijalankan dengan segera.

Saya yakin semua pasti mengharapkan pembinaan mesin ATM BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) secepat mungkin, namun pembinaan mesin ATM CIMB ini merupakan solusi paling cepat yang boleh dilakukan bagi memberi kemudahan mesin ATM kepada para pelajar.

Di samping itu, pihak pengurusan kampus juga menerima aduan pelajar tentang ketiadaan
vending machine di kampus. Buat masa ini, pengambilan dan pemilihan tender sedang dilakukan untuk menempatkan 2 vending machine di kampus iaitu di Blok E dan foyer dewan kuliah .

Mohon maaf atas segala kekurangan dalam mengendalikan pembawaan isu mesin ATM ini, semoga kita boleh memanfaatkan kemudahan yang ada :)

Khamis, Disember 30, 2010

Taklimat Ko-Kurikulum Siswa Tahun 1


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman terutama kepada semua mahasiswa Tahun 1 Sesi pengambilan 2010-2011 akan didaftarkan secara automatik bagi kod baru iaitu HHHC9118 – Kokurikulum.

Justeru suatu taklimat berkaitan pelaksanaan kokurikulum berkredit berasaskan kontrak pembelajaran ini akan diadakan seperti maklumat berikut :

Kampus KL & Cheras
Tarikh: 7 Januari 2011
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Serbaguna, KTSN

Kampus Bangi
Tarikh: 8 Januari 2011
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dectar, UKM

Kehadiran rakan-rakan mahasiswa Tahun 1 adalah diwajibkan.



(epelajar/bul/bil.29122010-20)

JPA dan PTPTN : Solusi dalam masa terdekat dan Info Tambahan

Sumber : Blog MPP Ili

Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Terlalu banyak keluhan yang diterima berikutan pelajar-pelajar mengalami krisis debit kerana duit JPA yang masih tidak nampak bayangnya sehinggakan wujud gurauan yang mungkin ada pelajar yang sanggup mencari kerja untuk menyara kehidupan di universiti buat sementara waktu ini. Ini tidak kurang juga dengan beberapa pelajar yang mengalami masalah kemasukan PTPTN. Di sini terdapat informasi yang dapat membantu anda:) Penyelesaian jangka masa pendek adalah melalui BORANG PENDAHULUAN BIASISWA.
Berikut merupakan penjelasan lanjut:
  • Merupakan bantuan kewangan awal yang diberikan kepada pelajar-pelajar tajaan biasiswa/pinjaman yang masih belum menerima kemasukan duit tajaan/pinjaman pada semester tersebut (sertakan salinan surat tawaran dari penaja jika baru menerima pinjaman)
  • Mendaftar pada semester yang dipohon
  • Tidak berhutang pada semester sebelumnya
  • Sudah mendapat kelulusan perlanjutan tajaan bagi pelajar yang telah tamat tajaan. Sila sertakan surat kelulusan perlanjutan tajaan dari penaja
  • Kadar maksimum pendahuluan ialah RM 500.00
  • Setakan sekali salinan keputusan peperiksaan semester lepas

Sumber dari Unit Kebajikan Pelajar menyatakan bahawa borang-borang yang telah siap diisi boleh diserahkan kepada Pn. Wan Roshana, pegawai Unit Kebajikan yang akan ke Kampus KL pada setiap hari Rabu, borang akan diproses pada hari Khamis dan sekiranya tiada halangan,insya-Allah bantuan kewangan tersebut boleh diperolehi pada minggu yang seterusnya. Tiada caj yang dikenakan dalam perkhidmatan pendahuluan biasiswa ini dan jumlah pendahuluan yang diberikan akan dimasukkan ke dalam sistem akaun kewangan pelajar (bermakna pelajar tidak perlu membayar kembali secara tunai, hanya dipotong di dalam akaun pelajar).

Anda boleh mendapatkan borang ini daripada saya sendiri, atau di ruang borang-borang di Tingkat 5 ,Blok E atau boleh muat turun di pautan :
http://pkukmweb.ukm.my/~bendahari/borang/ukp/FR01%20-%20Borang%20Pendahuluan%20.doc


Khas buat pelajar PTPTN:
Saya menerima beberapa aduan daripada pelajar yang masih belum menerima sebarang transaksi daripada PTPTN. Setelah menghubungi Bahagian Kewangan Pelajar, saya dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang masih belum menerima transaksi ini merupakan senarai yang akan menerima transaksi PTPTN untuk kali kedua pada bulan Januari. (maaf, tidak pasti hujung atau awal januari). Harap dapat bersabar atau sila isi Borang Pendahuluan Biasiswa:)


Khas buat pelajar yang tajaan biasiswa/pinjaman yang diberhentikan untuk semester ini kerana PNGK yang rendah bagi dua semester lepas atau sebarang sebab lain:
Masih ada harapan:)Anda disarankan untuk mengisi BORANG BANTUAN KHAS. Syarat-syarat permohonan seperti yang telah dinyatakan dalam post 29 November sebelum ini adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar Pra Siswazah yang mendaftar pada semester yang dipohon
  • Bantuan bagi menjelaskan yuran pengajian tertunggak sahaja (maksimum RM 1000),bukan untuk sara hidup!
  • Pendapatan keluarga kurang dari RM 2000.00 sebulan
  • Borang permohonan yang lengkap haruslah dikemukakan terus kepada Unit Kewangan Pelajar UKM
  • Tidak mendapat sebarang tajaan atau tempoh tajaan yang telah tamat atau tajaan tidak dibayar pada semester dipohon.

Sekalipun tarikh tutup permohonan Bantuan Khas ini adalah pada 31 Disember 2010, alhamdulillah Unit Kebajikan menyatakan bahawa mereka masih menerima permohonan daripada pelajar Kampus Kuala Lumpur.Borang ini boleh dimuat turun di pautan:

http://pkukmweb.ukm.my/%7Ebendahari/borang/ukp/Borang%20Bantuan%20Khas.doc


Borang-borang Pendahuluan Biasiswa dan Bantuan Khas yang telah siap diisi dandisertakan dengan lampiran lengkap boleh dikumpulkan kepada saya secepat mungkin sebelum hari Rabu (untuk diserahkan pada pegawai Bangi yang datang pada hari tersebut) atau anda boleh terus menyerahkannya kepada pegawai tersebut di Tingkat 5, Blok E pada hari Rabu (9 am-3.30 pm).

Diharapkan informasi ini dapat membantu anda! Semoga hal penting ini dapat disebarkan kepada yang lain. Kerjasama tertinggi anda sangat diharapkan.Terima kasih:)

Melahirkan Mahasiswa Berinisiatif!

Rabu, Disember 29, 2010

MPP GMUKM Ucap Selamat Kepada Skuad Negara

MPP Gabungan Mahasiswa UKM (MPP GMUKM) mengucapkan selamat berjaya kepada skuad bola sepak Kebangsaan yang bakal menghadapi perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta malam ini.

Umum mengetahui pasukan Malaysia hanya berada setapak daripada mencatat sejarah untuk menjulang mahkota kejuaraan Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Piala Suzuki setelah mencatat 3 jaringan dalam perlawanan akhir pertama Ahad lalu.

Namun begitu, anak buah K. Rajagobal perlu berwaspada kerana apa-apa situasi boleh terjadi di Stadium Gelora Bung Karno Senayan, Jakarta malam ini. Biarpun Indonesia ketinggalan tiga gol di Stadium Bukit Jalil, akan tetapi para pemain Alfred Riedl jelas belum bersedia untuk mengibarkan bendera putih.

MPP GMUKM juga mengharapkan fokus skuad negara tidak terjejas biarpun berita dari seberang melaporkan beberapa orang penyokong Indonesia sengaja mencetuskan provokasi untuk mensabotaj persiapan skuad kebangsaan. Diharapkan mereka menghadapinya dengan tenang tanpa gementar.

BARISAN wira negara yang akan berjuang menjulang nama Malaysia di bumi Indonesia malam ini kecuali Amirulhadi Zainal (berdiri tiga dari kanan) dan Mahali Jasuli (depan dua dari kanan) yang terlepas aksi akibat menerima kad kuning kedua.