Rabu, Disember 15, 2010
884 doktor perubatan letak jawatan
Isnin, Disember 13, 2010
Debat atasi masalah graduan kurang kritis dan pasif
Mahasiswa Gesa Kempen Daftar Pemilih Secara Besar-Besaran
Mahasiwa merupakan agen atau generasi yang meneruskan pentadbiran negara Malaysia pada masa akan datang.Saban tahun bilangan angka graduasi dari pelusuk IPT mencecah ribuan siswa dan siswi.Mereka ini secara tidak langsung merupakan penerus agenda kepada kenstabilan dan pemaju negara akan datang.
Namun lebih malang pada kali ini, semangat dikalangan mahasiswa termasuk graduan terhadap menjadi pendaftar pemilih semakin luntur.Malah sebahagian daripada mereka tidak mahu dan tidak kisah untuk mendaftar sebagai pemilih.
21 Tahun sebagai Pemilih
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPRM) menggariskan beberapa syarat kepada golongan belia untuk menjadi pemilih.Antaranya setelah umur cukup 21 tahun , golongan belia digesa untuk mendaftar pemilih di kaunter yang dibuka semua tempat dan yang lebih mudah mendaftar di pejabat pos yang berhampiran.
Kajian yang telah dijalankan di mana mahasiswa di kawasan luar bandar kebanyakannya masih lagi belum mendaftar sebagai pemilih.
Hal ini berlaku kerana mahasiswa tidak mengetahui atau diberi pendedahan untuk menjadi pemilih.Di kalangan mereka juga mendakwa tidak tahu dimana untuk mendaftar sebagai pemilih.
Kesedaran Pentingnya Sebagai Pemilih
Selain itu, turut berlarutan juga disini mahasiswa kini tidak mengetahui akan kepentingan sebagai pemilih.Tanggapan mereka ini adalah berkaitan politik.Sebahagian mahasiswa berpendapat tidak mahu terlibat dengan politik yang haru biru di negara kita.Persoalannya adakah dengan mendaftar sebagai pemilih anda akan digelar seorang mahasiswa yang berpolitik?
Ianya adalah suatu kewajipan bagi setiap individu yakni rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pemilih serta berpartisipasi dalam pilihan raya umum yang diadakan di Malaysia.
Pilihan raya yang diamalkan di negara kita bercorak demokrasi.Jadi sebagai rakyat Malaysia khususnya golongan belia wajib untuk memilih pemimpin negara dalam pilihan raya umum yang dijalankan.
Kempen SPRM Kurang
Kelemahan SPRM dalam mempromosikan dan membuka kaunter mendaftar pemilih di seluruh IPT juga menggagalkan mahasiswa untuk mengetahui akan peri penting sebagai pemilih.Sepatutnya diperingkat pihak SPRM perlu melakukan roadshow di seluruh kampus untuk membuka kaunter bagi memudahkan mahasiswa mendaftar.
Selain itu, sikap SPRM yang mula bergerak apabila hampir dengan pilihan raya baru terkial-kial dan kelam kabut untuk meraih golongan belia untuk mendaftar.
Akibat kegagalan untuk mendaftar pemilih, hari ini ramai gologan belia tidak dapat mengundi dalam pilihan raya.Akhirnya pengundi hantu yang tidak tahu statusnya mengundi dalam pilihan raya.
Sebagai makluman untuk mengetahui Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) pemilih sila layari link di bawah ini
> Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Untuk semakan daftar sebagai pemilih : link
Antara pusat pendaftaran bagi mendaftar sebagai pemilih adalah pada : link
Oleh yang demikian , mahasiswa mengambil sikap prihatin ini menggesa kepada SPRM agar meningkat usaha dan mengadakan pelbagai aktiviti untuk memudahkan mahasiswa untuk mendaftar sebagai pemilih.- SiswaPerak
Selasa, Disember 07, 2010
Salam Maal Hijrah 1432H
Perpindahan Nabi Dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah
Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman
Ahad, Disember 05, 2010
PTPTN Baru Berasaskan Ujrah : Ulasan UZAR
Oleh : Zaharuddin Abd Rahman
Ada yang bertanya saya berkenaan pengumuman rasmi PTPTN yang mengkhabarkan pertukaran konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan (peratusan tertentu disandarkan kepada jumlah pinjaman dan baki setiap bulan) kepada konsep ujrah.
Konsep ini telah diluluskan oleh Jawatnkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.
Atas dasar itu, saya boleh mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas perubahan terbaru yang dilakukan. Walaupun konsep baru tersebut masih boleh dibincangkan, namun ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang tidak disahkan oleh mana-mana majlis Syariah, selain kejelasan unsur riba dalam kiraannya.
Apa yang paling menonjol dalam kiraan terbaru adalah perbezaaan peratusan yang dikenakan kepada pelajar, dahulu dikenakan 3 % dari jenis kiraan ‘reducing balance' atau 3 % dari hutang berbaki yang jelas adalah RIBA, ia juga sama dengan cara kiraan riba oleh bank-bank konvensional.
Dengan konsep ujrah sekarang, caj telah diturunkan kepada 1 % dan ia pula bersifat flat dan tidak lagi dikira berdasakan baki bulanan pinjaman. Secara umumnya, ia jauh lebih murah berbanding cara kiraan sebelum ini. Menurut statisik perbandingan dari petikan akhbar berikut (buka halaman 15 ), penurunan adalah sebanyak 47 - 48 %.
UJRAH
Untuk pengetahuan pembaca, ‘Ujrah' adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa erti "upah". Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah' iaitu sewa, kerana ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Contohnya, sewaan rumah, beerti upah atas manfaat rumah yang disewakan. Ujrah juga boleh diletakkan di atas sesuatu tugas dan kerja, lalu ia dinamakan ‘gaji' bagi para pekerja tetap di institusi awam dan swasta. Ia juga boleh tergolong dalam nama ‘komisyen' jika diletakkan kepada sebuah kontrak wakil (agency) seperti seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjuakan tanah pemilik. Semua konsep ujarh dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara'.
Justeru, apakah perbezaaan di antara ‘upah' yang halal dan ‘caj perkhidmatan' yang haram?
Secara dasarnya, ia boleh jadi sama dan boleh berbeza bergantung kepada cara dan formula kira-kiranya. Melihat kepada formula kiraan antara keduanya, Alhamdulillah terdapat perbezaan tetapi ada yang masih sama.
YANG BERBEZA
Bagi konsep ujrah yang terbaru, formula kiraannya adalah :
Upah = Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik
Contoh, jika sekiranya pelajar meminjam sebanyak RM21,000, maka kadar upah adalah satu peratus setahun, UNTUK TEMPOH BAYARAN SEMULA 10 TAHUN, maka jumlah upah adalah:-
Upah = RM21,000 x 1% x 10 (tahun)
= RM 2,100
Maka jumlah keseluruhan yang akan ditanggung atau perlu dibayar balik oleh pelajar dalam tempoh 10 tahun adalah : RM21,000 + RM 2,100 = RM23,100
Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding cara kiraan caj perkhidmatan yang akan menghasilkan jumlah RM25,116 iaitu dengan nilai RM 4,116 jumlah caj perkhidmatan ribanya.
APA YANG SAMA DAN SEPATUTNYA BERBEZA JUGA
Walaupun tahniah diucapkan, pintu kritikan ilmiah, pembaikpulihan dan cadangan tidak tertutup semestinya, malah ia patut sentiasa digalakkan bagi mengembangkan kefahaman ilmu muamalat Islam.
Justeru, sekalipun cara kiraan ini kelihatan murah dan baik, serta TELAH disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa Malaysia, cara kiraan ini tetap tidak berjaya menembusi piawaian hukum yang diputuskan oleh para ulama antarabangsa. Ini adalah kerana cara kiraannya masih terdapat yang sama dengan cara kiraan riba sebelum ini. Iaitu pada sandaran caj upah. Dahulu ia disandarkan kepada jumlah pinjaman, dalam konsep ujrah terbaru juga disandarkan kepada jumlah pinjaman.
Sekadar ingatan kembali, di dalam hukum Islam, pemberi pinjaman sama ada individu, institusi kewangan swasta atau kerajaan, TIDAK BOLEH mengenakan sebarang caj kewangan kepada peminjam khususnya dari jenis peratusan yang disandarkan kepada jumlah pemberian pinjaman. Berubah dengan berubahnya jumlah pemberian pinjam.
Namun cara kiraan yang diguna pakai oleh PTPTN 'ujrah' yang baru masih disandarkan kepada jumlah atau nilai pinjaman yang diberikan. Selain atas dasar kefahaman nas, para ulama antarabangsa melarangnya untuk mengelakkan caj upah ini menjadi helah kepada riba (helah ribawiyah) yang asalnya caj tambah kepada pinjaman kerana tempoh (time value of money). Kerana dari sudut konsep dan jurus pandangan ekonomi, kedua-dua jenis caj riba dan upah itu adalah sama. Jalan keluar yang paling kukuh adalah TIDAK MENJADIKAN jumlah pinjaman sebagai sandaran untuk mengira upah.
Menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan lain-lain majlis Shariah yang berautoriti tanpa kepentingan tertentu di mana-mana syarikat dan institusi kewangan di seluruh dunia, caj yang dibenarkan dikenakan kepada peminjam hanyalah kos sebenar yang lahir dari urusan pemberian pinjaman sahaja.Ia tiada kaitan dengan nilai pemberian pinjam.
Cara kiraan caj atau kos sebenar itu menurut ijtihad ulama antarabangsa adalah berdasarkan formula berikut[1]:-
Ujrah = Actual Administrative Expenses During The Year x 100
Average Asset During The Year
Untuk mendapatkan average asset during the period berikut formulanya :
Average asset = A1 + A2
2
Nota Keterangan
A 1 : Total asset at beginning of the period
A 2 : Total Asset at the end of the period
Cara inilah yang juga diiktiraf di Pakistan dan ulamanya, serta diamalkan bagi sebahagian jenis pinjaman di sana. Cara kiraan ini tidak meletakkan sebarang ikatan kepada jumlah pinjaman yang diberi. Ia lebih menepati ijtihad majoriti ulama sedunia.
KESIMPULAN
Apapun, yang pasti para pelajar Islam kini boleh menarik nafas lega kerana harga yang lebih murah dan kedua, ia TELAH disahkan oleh sekumpulan ulama Malaysia. Justeru, tiada lagi sebarang tanggungan spiritual yang harus mereka galas apabila mengambil pinjaman PTPTN. Saya peribadi, saya mengucapkan tahniah atas usaha dan kesungguhan untuk melakukan perubahan. Dan bagi Jawatankuasa fatwa yang meluluskan, kita harapkan ijtihad mereka diterima di sisi Allah, jika tidak dua pahala, satu pahala masih milik mereka inshaAllah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
16 Sha'ban 1430 H
08 Ogos 2009


.jpg)
.jpg)
