PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Sabtu, November 24, 2012

PENGEDARAN KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEM I SESI 12/13



Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, seperti saudara/i maklum bahawa peperiksaan akhir Semester I Sesi Akademik 2012-2013 akan bermula pada 2 hingga 18 Januari 2013.

Sehubungan ini, saudara/i diminta mengambil Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Peperiksaan (KMJP) di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 3 Disember 2012. Sekiranya KMJP anda tiada di Pejabat Dekan Fakulti, sila datang ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik untuk mendapatkannya. 

Saudara/i diingatkan bahawa kad KMJP hendaklah dibawa bersama semasa menduduki peperiksaan. Pelajar yang gagal menunjukkan kad KMJP tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

Sekiranya kad KMJP anda hilang, anda boleh mendapatkan salinan di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik.

Sumber : (epelajar/bul/bil.23112012-16)

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Khamis, November 22, 2012

LAGI LAGI TRANSRENGIT : UKM UiTM BERKONGSI MASALAH SAMA


Isu bas rengit kini semakin menjadi-jadi. Pada awalnya, saya melihat bahawa UKM sahaja yang mengalami masalah berkaitan dengan perkhidmatan bas ini, namun baru-baru ini, saya terbaca di Facebook seorang rakan UITM Puncak Alam dan saya percaya UITM dan UKM mempunyai masalah yang sama. (KEMALANGAN TRANSRENGIT DI UITM) Ya, masalah perkhidmatan Bas Rengit. Sebelum ini, pihak PMUKM telah berusaha membawa segala aduan para pelajar kepada pihak terlibat seperti Unit Pengangkutan dan Bahagian Pengurusan Trans Rengit di Shah Alam. Namun, tiada sebarang tindakan diambil, seolah-olah aduan para pelajar tentang ketidakpuashatian mereka terhadap perkhidmatan Bas Rengit seperti mencurahkan air ke daun keladi. Sehingga kini, dalam tempoh sebulan, sebanyak hampir 200 aduan yang telah saya terima. Ini bermakna, satu hari, dianggarkan PMUKM menerima  sekurang-kurangnya 6 aduan. Maka, terang lagi bersuluh masalah sangat serius dan perlu kepada tindakan segera, bukan sekadar menerima aduan daripada mahasiswa semata-mata.


"Hari ini bertarikh 19 november 2012 pada jam 2.08 petang, bas rengit zon 3 dan 6Z hampir berlanggar. Kejadian ini berlaku di simpang tiga berhadapan Kolej Rahim Kajai. Kami yang berada di dalam bas semua menjerit kerana kuatir bas akan berlanggar. Pelajar lain yang berada di perhentian bas Kolej Rahim Kajai (KRK) juga ramai yang nampak kejadian tersebut. Tetapi ppemandu bas zon 3 tersebut ketawa/tersenyum dengan kejadian tersebut. Seolah-olah kejadian tersebut melucukan sedangkan ianya berkaitan dengan kesalamatan dan nyawa kami. Nombor plat bas rengit zon 3 tersebut ialah BGD7495. Pemandu yang memandu bas zon 3 tersebut berkepala botak. Nombor plat bas rengit 6Z pula ialah WTU1555. Walaubagaimanapun, saya tidak dapat melihat dengan jelas rupa pemandu bas rengit 6Z. Saya amat kesal kejadian tersebut berlaku. Bagaimanakah sekiranya kemalangan berlaku tadi? Bukankah melibatkan keselamatan nyawa kami? Lebih-lebih lagi, pelanggaran yang hampir berlaku tadi dianggap satu perkara yang amat remeh dan melucukan. Jika beginilah sikap pemandu bas rengit, keselamatan kami sebagai pelajar yang mengunakan bas sebagai kenderaan utama untuk ke kuliah berada dalam keadaan bahaya." (ini merupakan salah satu aduan yang PMUKM baru sahaja terima)

 Maka , kami pihak PMUKM mewakili suara mahasiswa UKM berasa amat kesal dengan situasi sebegini. Jika sikap sebegini tetap diteruskan oleh pemandu Bas Rengit, maka tidak salah saya katakan bahawa mahasiswa perlu menghadapi situasi bahaya yang boleh mengancam nyawa setiap kali hendak ke kelas. Hal ini tidak termasuk lagi dengan masalah kerusi rosak, bas bocor, pemandu bas tidak tepati masa dan sebagainya. Perkara ini bukan sahaja di alami oleh pelajar UKM, malah kondisi yang sama turut dihadapi oleh pelajar UITM Puncak Alam yang sudah bertahun menjalankan perkhidmatan. 

Justeru, apabila segala aduan sudah diberikan namun perkara yang sama tetap berlaku, kami PMUKM mewakili suara yang saya yakin seluruh mahasiswa yang mengalami masalah ini akan terus komited menegakkan suara mahasiswa untuk membawa masalah ini kepada pihak atasan. Antara tindakan PMUKM dalam menangani masalah perkhidmatan TRANSRENGIT.


TRANSRENGIT: ADUAN MAHASISWA DITERIMA
Berkaitan dengan isu bas rengit, kami dari PMUKM bukan hanya pandai menunding jari seperti mana yang dinyatakan. Jika mereka menyatakan mereka telah berbincang pada 12hb Nov bersama dengan pihak rengit, ingin saya katakan bahawa :

03.10.2012 :berjumpa dengan Unit pengangkutan tentang masalah Pengangkutan Rengit
05.10.2012: PMUKM memantau pergerakan dan kondisi bas
08.10.2012 :penubuhan jawatankua
sa Rengit
09.10.2012: PMUKM turun padang dengan memberi jadual perjalanan Bas sebagai inisiatif kepada pemandu supaya mematuhi jadual perjalanan
10.10.2012 : PMUKM menghantar aduan mahasiswa di pejabat operasi rengit di Shah Alam 
12:10;2012 : menghantar aduan pelajar ke unit pengangkutan 
21.11.2012: menghantar aduan pelajar ke Unit Bendahari 

MOHAMAD ARIEF BIN OTHMAN
SPEAKER
PERSATUAN MAHASISWA UKM (PMUKM)
21 NOV 2012 / Rabu 5.07pm

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Rabu, November 21, 2012

Palestin: Apa Peranan Mahasiswa?

Barisan pimpinan persatuan

Alhamdulillah, selesai sudah sidang meja bulat yang dianjurkan oleh ISIUKM, membincangkan isu Palestin: Apa Peranan Mahasiswa?. Dihadiri persatuan-persatuan utama UKM termasuklah PMUKM, Pembina UKM, Kelab 
Sahabat Aqsa UKM, PMFPI, Aspirasi UKM, YDP JAKSA seluruh kolej kediaman UKM dan beberapa persatuan lain.

Antara resolusi yang dipersetujui bersama adalah:
1. Kutipan dana sebanyak RM20,000 dalam masa 2 minggu.
2. Kesedaran umum mahasiswa dan masyarakat terhadap isu Paletin.
3. Konvensyen Mahasiswa Nasional (Palestin, Kami Bersamamu)

Warga UKM dan semua persatuan dijemput untuk bersama kami dalam merealisasikan resolusi ini. Sebarang persoalan, rujuk Pejabat PMUKM.

Sumber : ISIUKM OFFICIAL


                      AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

TAWARAN BIASISWA TEXAS INSTRUMENTS



Sukacita dimaklumkan The Asia Foundation (TAF) mempelawa para pelajar yang telah berjaya  menerima  tempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk melanjutkan pelajaran  dalam  bidang Kejuruteraan Elektrik, Elektronik atau Fizik untuk  memohon  pembiayaan biasiswa ini dibawah program “Star Student Scholarship Program”.

Keutamaan pemilihan calon bagi biasiswa ini akan diberikan kepada calon  berpendapatan rendah dan telah diterima masuk ke UKM.  Calon yang terpilih perlu  menunjukkan pencapaian serta prestasi akademik dan komitmen  kepada akademik  dan ko-korikulum di universiti. Pemilihan  akan dibuat berdasarkan  kriteria berikut:

Senarai Semak Kriteria
Sila tanda (√ ) jika bertepatan
Semua calon adalah dalam tahun KEDUA di UM atau UKM dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Elektronik atau Fizik

Semua calon hendaklah berada dalam pengajian dari tahun 2011 – 2014 dalam kursus yang ditetapkan

Calon mesti membuktikan kemampuan kewangan persendirian/keluarga yang tidak melebihi RM2500 sebulan

Calon yang memiliki keputusan terbaik dari tahun pertama akan diberi keutamaan dalam proses pemilihan

Calon boleh menerima pinjaman dari PTPTN


Disertakan bersama ini softcopy borang permohonan yang perlu dikembalikan kepada pihak kami dengan menghantar emel kepada rawlins@ukm.my sebelum 27 November 2012 . (klik di sini)

Sumber : Penolong Pendaftar, Pejabat Hubungan Industri, HEJIM

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Selasa, November 20, 2012

USUL KECAM ISRAEL HARI INI

Situasi di bumi Gaza,Palestin


DEWAN Rakyat semalam membuat ketetapan untuk mendengar usul tergempar yang akan dibahaskan pihak kerajaan bagi mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza pada persidangan hari ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pemberitahuan berhubung usul berkenaan diedarkan kepada pihak kerajaan dan pembangkang untuk membolehkan usul itu dibahas.

“Pemberitahuan usul itu diedarkan hari ini (semalam) dan usul dibawa ke Dewan Rakyat esok (hari ini),” katanya memberi penjelasan lanjut berhubung usul berkenaan daripada Salahudin Ayub (Pas-Kubang Kerian).

Isu itu dibangkitkan Salahudin yang inginkan penjelasan lanjut berhubung usaha kerajaan selepas dikatakan mahu membawanya pada persidangan Dewan Rakyat semalam. Namun sebaik sesi pertanyaan bagi jawapan lisan selesai, perkara itu tidak langsung disentuh pihak kerajaan sedangkan dihebahkan menerusi media massa untuk dibahaskan.

“Dalam media semalam (kelmarin), saya diberitahu pihak kerajaan akan kemukakan usul mengenai Gaza dan ada usul tergempar,” katanya. Usul itu antaranya mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin.

Ia juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata. Ia turut menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan Sesi Tergempar Khas Perhimpunan Agung PBB di bawah Resolusi 377A (V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya selain menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Usul itu juga bagi mengambil keputusan menyampaikan resolusi kepada semua Dewan atau Perundangan dan Parlimen yang berkenaan khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah.

Israel melancarkan serangan terbaru dinamakan operasi ‘Pillar of Defence’ ke atas wilayah Palestin di Gaza yang mengorbankan 40 indidivu termasuk pemimpin Hamas, Ahmed Jaberi, enam kanak-kanak, seorang wanita hamil dan seorang guru, selain mencederakan 345 orang. Tiga rakyat Israel terkorban dan 18 orang lagi cedera akibat serangan balas pihak Hamas.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/20

Sumber : hmetro.com.my


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI