"Kerajaan sentiasa sedaya upaya untuk membantu pelajar bagi mendapatkan bantuan kewangan, malah kita juga bermurah hati untuk membantu mereka sekiranya mereka belum mendapat pekerjaan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) mengenai pendirian kerajaan terhadap peminjam yang belum mendapat pekerjaan.
Timbalan menteri itu turut menegaskan bahawa kerajaan akan membantu peminjam yang disenaraihitam untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara sekiranya mereka mendapat tawaran.
"Tidak dinafikan ada di kalangan mereka telah disenaraihitam tetapi jika mereka datang ke PTPTN kita akan bantu mereka kerana mereka mempunyai alasan yang munasabah," katanya.
Tidak cadangan pinda dasar PTPTN
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOQMXRid5vkNsLGcnwTVxfG9Rfwka15gmFGQZPdG8ButueqkRaDJGDfatSub5FhBl-B-nqU14QLjF_GPrzi9YVG-RB0AfepQMv1sNRhLwAKE38xLiIm7moSuSwqXQ57Aa_sb8DurRpxpo/s200/ptptn.jpg)
Kepada soalan Matulidi Jusoh (BN-Dungun) pula, Saifuddin berkata institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak menawarkan yuran pengajian percuma terutama di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Bagaimanapun, katanya, kerajaan menawarkan penajaan untuk penuntut yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan PhD di IPTA dan IPT swasta terpilih di bawah program MyBrain15 dalam Rancangan Malaysia ke-10 dengan yuran pengajian dibiayai mengikut jumlah maksimum iaitu RM10,000 bagi peringkat Sarjana dan RM24,000 bagi PhD.
"Program ini terbuka kepada graduan yang belum bekerja, tak berpendapatan tetap dan kakitangan sektor swasta dan pensyarah IPTS," katanya.
Sehingga 17 Nov ini, seramai 5,481 orang telah diluluskan untuk program tajaan MyBrain15 bagi mengikuti program Ijazah Sarjana dan 1,201 orang untuk program PhD dalam bidang seperti sains dan teknologi, sains, sains sosial dan sastera. -BERNAMA