![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgEWEXow59nYurnmGM2AXSXy4jN_cv2EENCnjjEi1CFn6kNOFYYtXVoe8Sl57BsDPltnwOu-xd9wNXFph1V0-fARZZ8q-7DnvTCYp5BzTq74tvWQCB_dLa6dl_ZzhrpZMGtm__cR_eMvueS/s200/ezuan+%25281%2529.jpg)
Mereka melahirkan rasa tidak puas hati dengan sikap seorang pensyarah kursus yang merupakan Wajib Pusat (WP) yang memberikan lambakan tugasan sehingga 7 buah tugasan hanya untuk kursus tersebut.
Hal ini nyata membebankan para mahasiswa pusat pengajian terbabit kerana pensyarah tersebut tidak bersikap realistik dalam memberikan tugasan. Ada juga cakap-cakap mengatakan pensyarah tersebut mempergunakan tugasan-tugasan yang diberikan kepada mahasiswa demi kepentingan diri sendiri untuk tujuan komersial.
Bergerak dengan maklumat tersebut, semalam, Khamis 3 Mac, saudara Ezuan telah membawa isu ini untuk dirunding dengan pensyarah terbabit. Hasil rundingan agak berjaya apabila pensyarah berkenaan bersetuju untuk mengurangkan tugasan-tugasan tersebut daripada tujuh buah kepada 3 buah.
Saudara Ezuan juga setelah itu turut membuat satu pertemuan bersemuka dengan Prof. Dr. Abdul Rahim bin Md Nor, Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan & Persekitaran untuk meminta penjelasan terhadap kerelevanan tugasan dengan kursus tersebut.
Hasil perbincangan tersebut memberangsangkan, dan hasil sumbang-saran tersebut akan didokumentasi sedikit masa lagi. Di akhir perbincangan, Prof. Dr. Abdul Rahim mencadangkan supaya jumlah 7 tugasan tersebut dkurangkan kepada 2 buah sahaja dan dilihat benar-benar relevan dengan kursus pembelajaran tersebut sahaja.
Isu ini masih lagi dalam proses penyelesaian, insyaAllah satu lagi pertemuan akan diadakan bersama dengan pengerusi pusat mendapatkan keputusan bersama.