Jumaat, Julai 08, 2011

Tawaran Biasiswa dan Pinjaman!




Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR)

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) menawarkan tiga skim pembiayaan pengajian pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu

1) Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)

2) Dermasiswa Tunku Abdul Rahman (DTAR)

3) Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR)

Semua permohonan mesti dibuat melalui TNC HEPA universiti.
Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang di alamat www.yayasantar.gov.my. Borang permohonan boleh dimuat turun dan dihantar beserta dokumen-dokumen berkaitan.

(klik imej untuk maklumat lanjut)

YAYASAN PAHANG

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Pahang mempelawa anak-anak negeri Pahang yang ditawarkan ke IPTA/IPTS untuk dipertimbangkan tajaan pinjaman pendidikan Yayasan Pahang bagi kursus peringkat PhD, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma.

Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang YP di alamat www.yp.org.my dan borang permohonan perlu dimuat turun dan hantar ke YP beserta dokumen berkaitan.

Permohonan bagi pinjaman peringkat Phd, Sarjana dan Sarjana Muda adalah pada 22 Ogos-12 September.

(klik imej untukk maklumat lanjut)

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI