Isnin, Julai 18, 2011

TAHNIAH KEPADA SELURUH BAKAL MAHASISWA : PMUKM MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN ANDA DI UKM


Tahniah kami barisan kepimpinan mahasiswa, PMUKM mengucapkan kepada semua yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPT. Menurut Presiden PMUKM, Saudara Muzzammil Muhd Hairi, “kami mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan adik-adik kami ke kampus UKM, timbalah ilmu pengalaman sebanyak mungkin dalam emporium ilmu, mencabar pengalaman yang sudah pasti menjadi ilmu yang sangat berguna kelak”

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri, Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta tempatan menyediakan lebih 200,000 tempat untuk pelajar bagi kemasukan sesi akademik 2011/2012, ia adalah bagi pengajian di peringkat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf, peringkat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah. ( berita harian online, april 2011).

Penguman ini memberi tanda awal soal peluang pendidikan negara. Seharusnya ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi di buka luas kepada seluruh rakyat Negara ini. Pendidikan untuk semua dan pendidikan sepanjang hayat juga merupakan satu saranan yang perlu diperkukuhkan lagi dengan menifestasi ruang dan peluang yang besar kepada rakyat menikmati pendidikan tinggi Negara. PMUKM menyahut baik jumlah tawaran tempat ke ipt awam dan swasta Negara ini disamping menyarankan ipt mempertingkatkan kualiti pendidikan yang ditawarkan, jangan sekadar menawarkan tempat untuk mahukan keuntungan semata-mata.   

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa dalam berita kosmo 15 julai 2011 yang lalu. Seramai 41,267 calon ditawarkan tempat untuk mengikuti Program Ijazah Pertama bagi sesi akademik 2011/2012 di institusi pengajian tinggi awam (IPTA),

Beliau berkata, jumlah calon yang berjaya mendapat tempat ke IPTA itu adalah daripada 64,703 calon yang memohon dan daripada 53,216 calon yang layak iaitu peningkatan sebanyak 1.9 peratus berbanding sesi akademik 2010/2011 sebanyak 40,506 calon.

Seperti tahun sebelumnya, bilangan pelajar perempuan mengatasi bilangan pelajar lelaki, di mana 27,001 calon perempuan iaitu 65.4 peratus berjaya mendapat tempat di IPTA, berbanding 14,266 atau 34.6 peratus pelajar lelaki. Tahun lalu dominasi kemasukan pelajar perempuan di universiti awam apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 yang telah mendaftar-berita harian.

Sehubungan itu, ia memberi tamparan hebat kepada golongan lelaki dalam arus pendidikan negara. “Secara peribadi, sudah tiba masanya kaum lelaki mula memikirkan modus operandi untuk merekrut pelajar lelaki sebanyak mungkin ke universiti seperti mana zaman-zaman 70-an dan 80-an. Bukan sahaja gerakan wanita perlu diperkasakan, lelaki juga harus memikirkan perkara yang sama”-Pengerusi Aksis, Nurhidayu Rosli.

Pengerusi Biro Informasi dan Penerangan PMUKM berkata "Sudah tiba masanya, negara kita perlu melihat kembali proses pendidikan negara ini, kaji mengapa golongan lelaki negara ini seolah-olah kesepian, mungkin faktor mana yang boleh diteliti supaya negara tidak berada dalam jurang perangkap akademik antara lelaki dan perempuan"

Dari segi calon yang ditawarkan tempat mengikut kaum, seramai 29,838 daripada 39,998 calon atau 74.6 peratus adalah bumiputera, 9,457 daripada 10,677 calon atau 88.6 peratus adalah Cina, 1,511 daripada 1,813 calon atau 83.3 peratus India dan 461 daripada 728 calon atau 63.3 peratus dari kaum-kaum lain.
Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Setaraf (Ijazah Pertama) adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum untuk menentukan nilai merit seseorang calon,” katanya pada sidang media di sini hari ini

Sebarang pertanya boleh menghubungi pejabat Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ( PMUKM ) di talian 03-8921 5314 atau boleh berhubung dengan Pengerusi biro Informasi dan Penerangan melalui email mpmaidarahayu@gmail.com atau terus kepada mppmahasiswa@gmail.com.


“Bersama mahasiswa merealisasikan varsiti”