PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Jumaat, November 29, 2013

SIS : 'SUPER WOMAN' MENGANGKAT SUARA SISWI



27 November, UKM Bangi - Program Suara Intelek Siswi (SIS) merupakan program yang julung kalinya diadakan anjuran Ikatan Studi Islam (ISIUKM) dan telah dirasmikan oleh Pengerusi HELWA ISIUKM, Saudari Masyitah Aqilah Zainudin bersama panel jemputan iaitu Juara Da’I Milenia Saudari Nor Adibah Rozain.



Saudari Nur Afifah Abd Rahim, selaku Naib Presiden 2 PMUKM telah menyambut baik langkah pihak penganjur dengan menerima jemputan sebagai salah seorang panel dalam Suara Intelek Sisiwi siri yang pertama . Penyampaian dan perkongsian idea antara ketiga-tiga panelis dalam mengupas tajuk ‘Super Woman’ berjaya mendapat sambutan yang baik daripada siswi-siswi UKM yang hadir pada malam tersebut.


Antara kupasan menarik dari tajuk ini berkisar tentang peranan siswi dalam mendepani isu-isu semasa, tips menjaga emosi dan rasa malu serta memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang ada pada wanita untuk disalurkan kepada masyarakat.

PMUKM menyokong usaha mengangkat suara siswi melalui medium SIS dalam memupuk budaya percambahan idea dan pandangan daripada golongan siswi khususnya. PMUKM yakin bahawa SIS akan terus mendapat tempat dan perhatian dalam kalangan warga siswi UKM pada siri-siri yang akan datang.



Nur Afifah Abd Rahim
MPP Umum Tahun 3/4
Timbalan YDP PMUKM Sesi 13/14

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Khamis, November 28, 2013

BIRO KEBAJIKAN : TERUS KOMITED MENJAGA KEBAJIKAN MAHASISWA




Salam Sejahtera kepada Mahasiswa/wi UKM sekalian:

28 November 2013, UKM Bangi - Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial  PMUKM 13/14 bersama beberapa MPP Fakulti telah mengadakan pertemuan kali ke-2 bersama Pihak Jabatan Pembangunan&Penyelenggaraan (JPP) yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah JPP, Ir.Ab. Ghani Wahab dan beberapa Ketua Unit JPP bagi mengusulkan segala aduan pelajar yang telah diperolehi hasil perjumpaan bersama Ketua Eksekutif MEP Kolej baru-baru ini PMUKM Bersama MEP : Kebajikan Tanggungjawab Bersama.


MPP Ammar Azlan menjelaskan cadangan penambahbaikan tempat letak motor di FPI


Selain itu,pertemuan tadi membincangkan beberapa langkah penambahbaikan demi kesejahteraan mahasiswa/wi Ukm. Hasil pertemuan tadi, Pihak JPP amat menyambut baik segala usul dan cadangan yang dikemukan. Moga usaha-usaha ini memberi kebaikan kepada semua. Terima Kasih JPP UKM.








::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

SENARAI APLIKASI UKM : PELAJAR

1. Sistem Maklumat Pelajar SMPWEB

Menyemak maklumat peribadi, pendaftaran kursus dan keputusan peperiksaan serta membuat pendaftaran kursus awal dan semasa.

2. Sistem Akaun Kewangan Pelanggan SISKEW

Menyemak maklumat kewangan seperti biasiswa dan hutang.

3. Sistem LearningCare iFOLIO

Memuat turun latihan tutorial, nota kuliah dan berinteraksi dengan pensyarah melalui e-Pembelajaran.

4. Sistem Penilaian Pengajaran Kursus SPPP

Membuat penilaian pengajaran bagi kursus yang diambil pada setiap semester.

5. Portal e-Pelajar ePELAJAR

Mendapatkan informasi terkini melalui buletin pelajar.

6. Sistem Pertanyaan Sistem Maklum Balas dan Pertanyaan

Menyampaikan sebarang pertanyaan kepada pihak UKM.

7. Sistem Trafik Sistem Trafik UKM

Pendaftaran kenderaan, memohon pelekat kenderaan dan menyemak saman trafik UKM.

8. Sistem Aduan Dalaman Pelajar Sistem Aduan Dalaman Pelajar

Membuat pengaduan mengenai penyelewengan kewangan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengurusan Hal-ehwal Pelajar, hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada pelajar.

9. Sistem Semakan Sidang Konvokesyen Sistem Maklumat Majlis Konvokesyen

Semakan tarikh dan sidang konvokesyen. Mengesahkan gambar untuk paparan pada hari konvokesyen.

10. Sistem Maklumat Pelajar Eksekutif Sistem Kemasukan UKM

Menyemak maklumat peribadi, pendaftaran kursus dan keputusan peperiksaan serta membuat tempahan kursus dan pendaftaran kursus semasa.

11. Sistem Latihan Industri Sistem Latihan Amali/Industri

Membuat permohonan untuk mengikuti latihan industri di agensi yang dipilih. Menyemak status permohonan yang telah dibuat.

12. Sistem Perumahan Pelajar Sistem Perumahan Pelajar

Membuat pengesahan penempatan kolej.

TAKWIM PMUKM SESI 13/14

Selasa, November 26, 2013

MPPFPI : KEBAJIKAN PELAJAR PENGAJIAN ISLAM TERUS DIPERJUANGKAN


31 Oktember 2013, UKM Bangi - Saya dan MPP Umum daripada Fakulti Pengajian Islam telah membuat satu pertemuan bersama Dekan FPI dan beberapa orang pegawai daripada FPI. Pada perbincangan tersebut saya telah adukan beberapa perkara berkaitan isu kebajikan pelajar FPI yang menjadi manifesto saya. Hari ini satu pertemuan bersama KPP untuk mengetahui sejauh mana perkembangan berkaitan dengan perkara yang dibincangkan sebelum ini.

Laluan tempat letak motosikal :
- Insyallah laluan motosikal akan dibuat sebagaimana yang dirancang, namun ada sedikit perubahan. 
- Hal ini untuk menjaga keselamatan penunggang motosikal dan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pelajar. Cadangan laluan yang dibuat ini berdasarkan nasihat daripada Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP). 
- Laluan ini dijangka siap sepenuhnya pada semester hadapan.

Masalah waktu operasi Maktabah FPI yang tidak teratur sejak kebelakangan ini. 
- Untuk makluman pelajar FPI, sekarang ini pihak fakulti hanya mempunyai seorang sahaja pegawai yang terlatih dalam bidang pengurusan Maktabah dan bagi mengelakkan masalah itu berlaku, pihak fakulti telah menghantar seorang lagi pegawai daripada fakulti untuk menghadiri kursus bagi pengurusan maktabah dan pegawai ini akan membantu pegawai yang sedia ada. 
- Ini jalan penyelesaian yang telah dibuat oleh pihak fakulti. Namun sejak kebelakangan ini saya selaku MPP masih lagi mendapat aduan tentang Maktabah terutama daripada pelajar Tahun 3.

Isu WIFI sehingga kini masih belum selesai.
- Pihak Fakulti sudah membuat aduan kepada Pusat Teknologi Maklumat tetapi sehingga kini belum mendapat apa-apa respon. 
- Memandangkan isu Wifi ini adalah berada di bawah seliaan PTM dan JPP bukan Fakulti, saya insyallah akan ke PTM dalam masa terdekat untuk mendengar sendiri respon daripada pihak PTM berkenaan masalah Wifi di FPI.

Pada perbincangan kali ini, saya juga memberi sedikit cadangan kepada Cik Saidi tentang aduan daripada pelajar FPI berkenaan cadangan tempat letak motosikal berbumbung. Saya akan panjangkan cadangan ini ke peringkat pentadbiran universiti memandangkan ia memerlukan satu kos yang tinggi.

Suara Anda, Suara Kami,
Kebajikan anda, Tanggugjawab Kami.

Muhammad 'Ammar Bin Azlan
MPP Fakulti pengajian Islam
    Speaker PMUKM Sesi 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Isnin, November 25, 2013

UKMKL : KEBAJIKAN PELAJAR MISI UTAMA

1. EDARAN KAD DISKAUN SISWA FAKULTI PERGIGIAN

6 November 2013, UKMKL -kad diskaun siswa bertempat di DK 3 dan KTSN telah diadakan edaran Kad Diskaun Siswa kepada mahasiswa tahun 1 Fakulti Pergigian . Sebagai salah satu manfaat yang diberikan daripada pihak kerajaan kepada mahasiswa, kad Diskaun Siswa kini boleh digunakan oleh para pelajar untuk pelbagai manfaat.


Melalui Kad Diskaun Siswa yang diperoleh ini ,ianya boleh digunakan oleh para pelajar untuk syarikat-syarikat perniagaan di sekitar Kuala Lumpur seperti yang tersenarai.

Untuk maklumat lanjut dan lebih banyak senarai syarikat berdaftar mengikut negeri
Di samping itu, permasalahan kad diskaun siswa bagi pelajar Tahun 2 hingga 5 turut dikumpul dan satu borang atas talian telah diwujudkan oleh saya untuk diajukan pada Jabatan Perkhidmatan Pelajar.


Borang atas talian ini telah dibuka bermula dari tarikh  3 November - 6 November 2013 dan senarai maklum balas penama yang tidak menerima kad diskaun siswa telah diserahkan pada 19 November 2013 kepada wakil Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKMKL  untuk tindakan lanjut.

2. PERTEMUAN  BERSAMA WAKIL UNIT KENDERAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KAMPUS KUALA LUMPUR

Sebagai inisiatif untuk mengutarakan isu jadual bas dan isu-isu berbangkit yang dihadapi oleh warga UKM Kampus Kuala Lumpur berkaitan pengangkutan. Satu pertemuan telah diadakan antara wakil MPP UKM KL , Nurul Amira Zainudin MPP Pergigian dan Noor Masitah Nordin MPP Farmasi  bersama Encik Fairuz b Mohd Rafdzi dan Encik Raduan Abdul Rahman daripada Unit kenderaan telah diadakan di T1BE bagi mendapatkn penjelasan beberapa isu dan bg mendapatkan update semasa berkaitan pengangkutan bas pd 14/11/2013 sekitar jam 3-4 ptg

1. Untuk makluman para pelajar, penghantaran pulang dari HUKM ke KTSN 1 adalah atas budi bicara pemandu bas dan permintaan daripada pelajar

2. Pergerakan bas ke HUKM dan pulang dari HUKM (untuk kegunaan semua fakulti) adalah pada 3 sesi iaitu pagi , tgh hari dan petang adalah sebanyak 2 bas serentak pada satu masa mengikut jadual bg mengurangkan kepadatan penumpang. Namun, masih tertakluk kepada perubahan semasa spt trafik dan sebgainya untuk pergerakan bas

3. Pergerakan bas dari KTSN ke Kampus Kuala Lumpur untuk waktu puncak 7-9 pg adalah sebanyak 4 bas . Pergerakan bas bergantung kepada kepadatan penumpang dan trafik

4. Sebarang aduan amatlah dialu-alukan bg penambahbaikan sistem bas Kampus Kuala Lumpur dan mendapat perhatian serta akan disiasat dari masa ke semasa

5. Permintaan khas pengangkutan melalui fakulti untuk ke destinasi tertentu adalah amat dialu-alukan bagi mengurangkan kepadatan penumpang.

6. Satu kajian soal selidik berkaitan mutu perkhidmatan dan sistem pengangkutan bas Kuala Lumpur sedang dalam perangkaan dan akan dilaksanakan bg mendapat maklum balas daripada para pelajar oleh Unit Kenderaan Kampus Kuala Lumpur.

7. Berikut adalah jadual pergerakan bas yg tertampal secara umum untuk perhatian para pelajar







3. PERTEMUAN DENGAN PENOLONG PENDAFTAR BARU FAKULTI PERGIGIAN


Satu pertemuan telah diadakan antara MPP FGG, Nurul Amira Binti Zainudin dan Nurnazihah Sukor , Exco Publisiti DENSTA 2013/2014 bersama dengan Cik Suhaida Abdul Rahman, Penolong pendaftar Fakulti Pergigian pada 21 November 2013, Khamis yang lalu.

Cik Suhaida Abdul   baru sahaja mula berkhidmat di Fakulti Pergigian bermula pada 11 November 2013 menggantikan Encik Basir Bahir sebagai Penolong Pendaftar Fakulti Pergigian. Cik Suhaida sebelumnya berkhidmat di Jabatan Pendaftar Kampus Bangi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia. Cik Suhaida boleh dihubungi di talian 03-92897702 atau emel suhaida@ukm.my.

Beberapa perbincangan awal telah dilakukan antara MPP Fakulti Pergigian bersama Cik Suhaida, antaranya :

1. Makluman pejabat dekan atau pentadbiran fakulti terus kepada para pelajar melalui medium mudah seperti Facebook wakil pelajar selain makluman melalui papan kenyataan.

2.  Teguran berkaitan etika pemakaian, imej serta kertrampilan pelajar Fakulti Pergigian.

3. Penekanan mewujudkan program kelolaan pelajar yang bersifat akademik perlu mendapat perhatian untuk perlaksanaan akan datang.

4.  Cadangan ‘method’ perlaksanaan manifesto MPP FGG, Nurul Amira Binti Zainudin melalui saluran yang tepat dan betul bagi memudahkan suara mahasiswa Fakulti Pergigian di sampaikan kepada pihak atasan.

5. Berkaitan kelulusan sumbangan kewangan fakulti kepada program/ aktiviti kelolaan UKM Dental Students Association, perbincangan masih  berada di peringkat awal dan beberapa siri perbincangan antara wakil pelajar perlu diadakan dari semasa ke semasa.

Diharapkan dengan pertemuan yang diadakan ini, hubungan antara pengurusan fakulti pergigian dan mahasiswa fakulti pergigian menjadi lebih erat dan sebarang usahasama menjadi lebih mudah. Kami mengalu-alukan kehadiran Cik Suhaida Abd Rahman menjadi warga Fakulti Pergigian.




Nurul Amira Bt Zainudin
MPP Fakulti Pergigian
Biro Sukan dan Kebudayaan PMUKM Sesi 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Ahad, November 24, 2013

RAKAN PMUKM : BERSAMA MAHASISWA MEMACU VARSITI


22 November 2013, UKM Bangi- Hari Interaksi Rakan PMUKM. Yang mana ia merupakan majlis suai kenal dan pembahagian kumpulan mengikut biro antara barisan MPP dan Rakan PMUKM. Walaupun majlis ini dilakukan secara sederhana sahaja, Alhamdulillah ia mendapat sambutan yang baik dan berjalan dengan lancar.

Rakan PMUKM merupakan salah satu inisiatif pihak Majlis Perwakilan Pelajar untuk membawa mahasiswa/i universiti kebangsaan malaysia, merasai dengan lebih dekat dengan pelbagai program yang bertaraf antarabangsa dan memberikan pengalaman yang tidak ternilai yang mana kami membawa rakan PMUKM untuk bersama-sama dalam setiap program yang dianjurkan.

Rakan PMUKM, merupakan batu loncatan kepada diri mereka bagi untuk mengasah kemahiran insaniah dan kepimpinan, yang ia akan melahirkan graduan yang peka dan lebih fleksibel dalam mengharungi cabaran dan dugaan selepas melangkah keluar dari UKM. 

Selari dengan pembawaan PMUKM kali ini, 'Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti' kami sangat optimis untuk menjalankannya.


Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan Mahasiswa/i untuk datang pejabat PMUKM aras 5 pusanika. Sebarang masalah dan aduan dialu-alukan. 

JOM !!! jumpa anda disana 



::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

PENGANTARABANGSAAN : PMUKM MENDUKUNG USAHA BRAINY BUNCH


23 November 2014, PICC - International Education & Islamic Parenting Conference (IEIPC) pertama kali yang dianjurkan oleh Brainy Bunch disambut baik oleh PMUKM dan disertai 27 mahasiswa UKM. Persidangan ini berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga 10.30 malam. Tujuan utama persidangan ini diadakan adalah memperkenalkan pendidikan terbaik bermula seusia kanak-kanak berlandaskan Islam. 


Antara tetamu terhormat yang hadir , YB Dato’ Rohani Binti Abdul Karim , Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin , Bekas CEO Proton yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif Brain Brunch , Mufti Ismail Menk, Mufti Zimbabwe dan Kiai Haji Muhyiddin Junaidi, Ketua Majlis Ulama’ Indonesia.Antara penceramah jemputan adalah Prof Dr Muhaya dan Ustazah Isfadhiah .
Brainy Bunch International Islamic Montessori diwujudkan untuk menawarkan pendidikan pra sekolah yang terbaik kepada kanak-kanak Islam. Ia adalah satu proses pembelajaran yang merangkumi Jumlah Psikologi di sebalik Pendekatan Montessori dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan nilai-nilai Islam untuk menjadi pembimbing.
PMUKM berharap sistem pendidikan di negara kita bertambah baik setanding sistem pendidikan di Negara Finland yang mengaplikasikan pendidikan yang berteraskan ajaran Nabi Muhammad SAW.



Puteri Nor ‘Adilah Binti Mohd Zarudin

MPP Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan Tahun 1/2
Biro Pengantarabangsaan PMUKM Sesi 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Sabtu, November 23, 2013

MPP BERSAMA PIHAK PENTADBIRAN : LANGKAH PERTAMA MERAI KEMENANGAN

PERTEMUAN PERTAMA MPP FSSK BERSAMA KETUA PENDAFTAR FSSK

30 Okt : Pertemuan pertama antara Mpp Fssk iaitu saudari Fatin Zulaika Hamdan & Puteri Nor Adilah Mohd Zaruddin dengan Ketua Pendaftar Fssk, Puan Rohana. Alhamdulillah pertemuan yang sangat memberangsangkan.


Memetik kata Puan Rohana " Teruskan menjaga amanah dengan akhlak yang baik, teruskan memimpin dengan penuh sabar kerana manisnya akan rasa selepas tamat belajar kelak. InshaAllah, yakin dengan Allah, DIA akan bantu kamu berdua"




PERTEMUAN PERTAMA MPP FPI BERSAMA DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

31 Okt : Prof Dr Mohd Nasran Bin Mohammad Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Encik Saidi Ismail Ketua Penolong Pendaftar,Encik Talib Samad selaku Penolong Pegawai Tadbir dan ditemani oleh MPP UMUM 1 dan 2 daripada Fakulti Pengajian Islam telah bertemu.

Pertama sekali Prof Mohd Nasran selaku Dekan FPI mengucapkan tahniah kepada seluruh MPP daripada FPI kerana telah dipilih menjadi MPP pada pilihanraya kampus yang telah berlangsung baru-baru ini. Pada kali ini calon-calon daripada FPI memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan.

Pada pertemuan kali ini kami telah berbincang  berkenaan dengan masalah yang berlaku sejak kebelakangan ini. Pihak fakulti telah mencadangkan kepada saya supaya segala masalah yang berkaitan dengan pelajar FPI dibincangkan diperingkat pelajar secara bersama terlebih dahulu untuk dibawa kedalam mesyuarat pihak fakulti bersama Persatuan Mahsiswa Fakulti Pengajian Islam dan Kelab-kelab jabatan.

Antara isu yang diutarakan ialah isu berkenaan dengan masalah WIFI yang semakin serius sekarang ini, dan respon daripada beliau bahawa masalah ini telahpun diadukan kepada pihak Pihak Teknologi Maklumat. Sekarang ini pihak fakulti masih menunggu keputusan daripada PTM untuk diserahkan kepada JPP memandangkan masalah ini bukan berada dibawah pengurusan pihak fakulti. 

Berkenaan dengan masalah parking bagi penuggang motosikal yang tinggal di Kolej Kriss Mas, Kolej Rahim Kajai, Kolej Dato Onn dan Kolej Tun Hussin Onn yang terpaksa membuat laluan yang berlawanan daripada laluan yang ditetapkan jikalau ingin mempercepatkan perjalanan juga dibincangakan sebentar tadi. Hasil aduan saya berkenaan dengan masalah ini kepada pihak fakulti sebelum ini telahpun diserahkan kepada JPP dengan cadangan laluan motosikal yang sangat sesuai. Sekarang ini kita masih menuggu kelulusan daripada JPP.

Pertukaran pelajar juga menjadi satu topik perbincangan kami sebentar tadi. Untuk makluman pelajar FPI sekarang ini kita menerima 10 orang pelajar daripada universiti Prince Of Songkla Universiti Patani Campus. Mereka akan belajar disini selama 10 bulan dan sekarang sedang mengikuti kursus bahasa arab dan bahasa inggeris sebelum mereka mengambil kursus yang ditawarkan di FPI pada semester hadapan. Sebagai pertukaran kesana pihak Fakulti akan menghantar 10 orang pelajar daripada FPI UKM kesana dalam tempoh masa selama dua minggu. Pelajar ini akan dipilih oleh pihak fakulti berdasarkan kritiria yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti. Dekan juga amat berbanggga dengan program yang dilakukan oleh pelajar yang melibatkan intraksi dua pihak yang bersifat international sebagaimana yang dilakukan oleh Jabatan Usuludin baru-baru ini.

Selain itu pihak fakulti juga sangat mengharapakan MPP FPI dengan kerjasama PMFPI dan kelab-kelab jabatan kali ini menganjurkan program bersama Pusat Islam UKM yang besifat interfakulti untuk manfaat seluruh warga UKM bukan sahaja warga FPI. Sebagaimana program yang dilakukan sebelum ini seperti program Daurah Kitab, Nur Qalbi dan Kembara Imarah Surau.

Pihak fakulti juga sedang berusaha dengan kerjasama Pusat Islam UKM dan MPP untuk meletakkan para pelajar FPI sebagai role model kepada seluruh mahsiswa/i UKM dengan program yang dijalankan dalam membawa satu perjuangan dan satu matlamat yang benar.


PERTEMUAN PERTAMA MPP FKAB BERSAMA PRNOLONG TIMBALAN PENDAFTAR FKAB

1 Nov : Alhamdulillah, pertemuan pertama Majlis Perwakilan Pelajar bersama Penolong Timbalan Pendaftar FKAB, En Zaidi. Setelah diberi mandat sebagai MPPUKM baru-baru ini, perjumpaan ini dilihat merupakan satu langkah awal yang dilakukan bagi memastikan kesejahteraan dalam kalangan warga mahasiswa FKAB khususnya serta seluruh UKM amnya. Sesi perkenalan MPP Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, saudara Mustapha dan Amri serta MPP UMUM tahun ¾, telah berlangsung. Selain itu, perbincangan awal mengenai perancangan awal yang bakal dilaksanakan telah dipersetujui bersama. Diharap kerjasama baik sebegini akan diteruskan demi menjaga kebajikan seluruh warga mahasiswa/I UKM



PERTEMUAN PERTAMA MPP FPEND BERSAMA DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN



1 Nov : Perjumpaan MPP Fepnd, Syed Najib bersama Prof. Dr. Lilia Halim, Dekan Fakulti Pendidikan UKM dan Prof. Madya Dr. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) serta ditemani oleh Setiausaha Kerja MPP Fpend.

Pada pertemuan kali ini beliau telah berbincang dengan Dekan Fpend berkenaan dengan manifesto yang akan saya bawa bagi sesi kali ini.

Antara manifesto yang dibincangkan sebentar tadi ialah berkenaan dengan kemudahan mesin fotostat serta percetakan, dan respon daripada beliau bahawa pekara ini akan dibawa ke dalam mesyuarat pengurusan fakulti. Berkenaan Latihan Ilmiah dan Latihan Mengajar (praktikal), pihak fakulti menyedari dan sedia maklum bahawa ia merupakan satu bebanan kepada para pelajar maka perkara ini telah dibincangkan dan sedang dalam tindakan.

Akhirnya berkenaan dengan program bersifat pembinaan guru berkualiti, pihak fakulti menyambut baik dan sanggup bekerjasama dalam menjayakan usaha ini.

Terima kasih kepada pihak pengurusan kerana sudi meluangkan masa mendengar suara mahasiswa dan berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan sehingga ke akhir sesi tampuk kepimpinan kali ini.

Syed Mohd Najib Bin Syed Yahya
MPP Fakulti Pendidikan


PERTEMUAN MP FSK PERTAMA BERSAMA DEKAN FSK


6 Nov : Muhammad Amirul telah mengadakan petemuan bersama dekan FSK, Prof Dr. Siti Zamratol dan Timb Dekan PraSiswazah dan Alumni, Prof. Madya Dr. Bariah bagi membincangkan halatuju perjalanan MPP FSK.


Antara hasil perbincangan:

1. Perkhidmatan Wifi di Fakulti
Berikutan perkhidmatan yang kurang memuaskan di DK 1,2 dan 3, Pihak Dekan akan membawa hal ini kepada peringkat atasan iaitu kepada TNC HEPA, Prof Dato' Ir. Dr Othman A. Karim

2. Kebolehpasaran Mahasiswa
Menurut Dekan, Fakulti tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada para pelajar, namun boleh menyediakan platform untuk kerjaya sepert "Hari Kerjaya" yang dilakukan setiap tahun.

3. Harapan Pihak Dekan kepada pelajar FSK.
Pelajar FSK perlu berani kehadapan. Lebih berkeyakinan ketika dalam kuliah. Selain itu, Dekan juga menyarankan agar semua pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

Muhammad Amirul
MPP FSK 2013/14




PERTEMUAN PERTAMA MPP FST BERSAMA DEKAN FST

14 Nov : Alhamdulillah, pertemuan pertama MPP FST tahun 3/4 dan Afiah Nasuha Aznan dan sNurul Syifa' MPP FST tahun 1/2 bersama Dekan FST, Y. Bhg Prof. Dr. Shahrim Hj. Ahmad setelah diberikan mandat sebagai MPP PMUKM baru-baru ini. . Dalam pertemuan ini, telah dibincangkan mengenai perancangan awal yang bakal dilaksanakan setelah dipersetujui bersama dengan penambahbaikan daripada Dekan. Diharap kerjasama baik ini akan diteruskan demi menjaga kebajikan mahasiswa/i FST.
 


Ke Arah Memaknakan Kemenangan
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Jumaat, November 22, 2013

MPPFKAB : KEBAJIKAN DAN MANIFESTO SEIRING

20 November 2013, UKM Bangi - Ahli Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) di FKAB, wakil Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (PEMATRA) dan pihak pentadbiran Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina telah membincangkan kebajikan para mahasiswa/I FKAB.


Setiausaha Agong PEMATRA Zinnirah Wellun, telah membentangkan segala aduan mahasiswa/I berkenaan dengan kemudahan dan infrastruktur di fakulti. Beberapa cadangan juga telah dibentangkan. Aduan dan cadangan tersebut merupakan hasil kerjasama diantara MPP dan PEMATRA. Prof. Ir. Dr. Marzuki Mustafa Dekan FKAB, memberikan maklum balas yang positif dan memaklumkan bahawa pihak pentadbiran akan mengambil tindakan segera berkenaan aduan yang diberikan.


Mesyuarat tersebut juga membincangkan berkenaan manifesto - manifesto yang dibawa oleh MPP FKAB Tahun 1/2 , Ahmed Amri bin Zulkafli dan MPP FKAB Tahun 3/4, Mustapha Kamil Husen. Berkenaan dengan manifesto MPP Ahmed Amri iaitu bagi mewujudkan bilik perbincangan Kondusif di bangunan lama FKAB, pihak pentadbiran fakulti mengambil berat akan manifesto ini dan telah mengenal pasti beberapa bilik kosong yang boleh digunakan. Pada peringkat awal ini, pihak fakulti memaklumkan bilik kosong di belakang surau lelaki sememangnya boleh digunakan untuk perbincangan pelajar. Pihak pentadbiran fakulti juga bersedia untuk membantu memperbaiki keadaan bilik tersebut.



Manifesto MPP Mustapha bagi mengadakan kursus-kursus komprehensif kepada pelajar yang bakal menjalani latihan industri dan yang akan bergraduasi juga mendapat sambutan yang baik daripada pihak pentadbiran. Cadangan untuk menguatkuasakan pengambilan kad CIDB telah disambut baik oleh Prof. Ir. Marzuki justeru telah meletakkan Prof. Zaidi HeJIM FKAB sebagai pensyarah yang bertanggungjawab. Bagi pelajar tahun akhir FKAB, kursus-kursus yang berkaitan analisis statistikal dan ISO juga akan dilaksanakan, perbincangan lanjut dengan Dr. Nizam, pensyarah JKMB akan diadakan. 



Mesyuarat tersebut diteruskan dengan perbincangan bersama pensyarah-pensyarah FKAB, Prof Ir. Dr. Marzuki Mustafa, membenarkan MPP dan PEMATRA untuk meninggalkan bilik mesyuarat. 










MPP Fakulti Alam Bina
Suara Anda, Suara Kami Kebajikan Anda, Tanggungjawab Kami
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Khamis, November 21, 2013

PMUKM BERSAMA MEP : KEBAJIKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA





21 November, UKM Bangi - Perjumpaan Presiden PMUKM, Saudara Mustapha Kamil Husen Abd Kadir dan Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM, Mohd Hafizi Bin Samsuari, Hasyimah binti Ibrahim  bersama wakil MEP Kolej. 

Antara yang hadir :
   1.     Rohana Binti Mat (Ketua Eksekutif Kolej Ibrahim Yaakub)
   2.     Atikah Hajar Binti Alawi (Ketua Eksekutif Kolej Tun Hussein Onn)
3 3.     Muhamad Farid Bin Ibrahim (Ketua Eksekutif Kolej Keris Mas)
   4.     Noor Fahmi Zaharuddin Bin Moktarudin (Ketua Eksekutif Kolej Burhanuddin Helmi)
   5.     Muhammad Najib Bin Mohd Amin (Ketua Eksekutif Kolej Ungku Omar)
6 6.     Tengku Muhammad Adiddudin Shah (Ketua Eksekutif Kolej Ibu Zain)
7 7.     Mohd Noor Shafique Bin A. Rahman (Ketua Eksekutif Kolej Rahim Kajai)

Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk mengutarakan aduan permasalahan yang berlaku di kolej kediaman masing-masing. 



Ekoran daripada perjumpaan pertama Ketua Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial, Mohd Hafizi Bin Samsuari bersama Timbalan Pengarah Jabatan Penyelenggaraan dan Pembangunan. Hasil pertemuan pertama tersebut, pihak JPP mengusulkan agar PMUKM menyelaraskan aduan secara menyeluruh dan tersusun.

Hasil perbincangan :

  • Kebanyakan wakil MEP mengadu permasalahan berkaitan isu infrastruktur, keselamatan mahasiswa, isu air, kerohanian dan masalah-masalah lain yang berkaitan.
  • Semua wakil MEP berharap agar aduan yang diajukan dapat diambil tindakan segera oleh pihak JPP melalui Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM. Mereka juga memberi harapan besar kepada wakil PMUKM agar dapat menjana satu penyelesaian yang sistematik.
Perjumpaan bersama MEP Kolej berakhir dengan baik dan hasil perbincangan akhir ini akan dipanjangkan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial sendiri pada pertemuan kedua bersama Timbalan Pengarah Jabatan Penyelenggaraan dan Pembangunan.

Suara Anda Suara Kami 
Kebajikan Anda Tanggungjawab Kami






Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::