PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Isnin, September 30, 2013

MINGGU PENGENALAN PERSATUAN PELAJAR, M3P


M3P 2013/2014
Hari ini (30 September 2013) bermulanya Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) UKM Bangi. Semua kelab dan persatuan mahasiswa di UKM tidak akan terlepas untuk mengambil peluang yang ada semasa M3P bagi mempromosikan kelab dan persatuan masing-masing kepada mahasiswa tahun pertama di UKM. 

Setiap tahun, pasti ada idea penambahbaikan terhadap pelaksanaan M3P. Pusanika menjadi tempat bagi semua kelab dan persatuan yang berdaftar di UKM membuka kaunter pengenalan dan pendaftaran kelab dan persatuan masing-masing.

Pada tahun ini, M3P dijalankan hampir sebulan.

Urusetia Rakan HEP : 30 September - 4 Oktober 2013
Urusetia Artisukma : 7 Oktober - 11 Oktober 2013
Persatuan Anak Negeri : 21 Oktober - 25 Oktober 2013
Persatuan / Kelab Khusus : 28 Oktober - 1 November 2013

Apa yang saya lihat, mungkin ada agenda penambahbaikan yang cuba dilakukan oleh pihak pentadbiran kepada M3P kali ini. Cumanya, ada wakil kelab dan persatuan yang menyatakan rasa tidak senang dengan penambahbaikan yang dibuat. Saya sendiri tidak dapat menjawab rasa tidak senang yang mereka adukan kerana perubahan yang berlaku tidak pernah dibincangkan bersama wakil MPP.

Insha Allah, akan ada wakil MPP yang akan berjumpa dengan pihak JPPel bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

Ahmad Shukran Shaharudin
Presiden PMUKM

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

ALIRAN SAINS PENUH CABARAN

Ramai pihak mungkin sedang kalut memikirkan apakah langkah alternatif terbaik bagi meningkatkan jumlah pelajar sains pada masa depan.
Walaupun pelbagai inisiatif sudah diambil bagi menarik minat pelajar memilih aliran itu, peningkatan disasarkan masih belum lagi mencapai matlamatnya.
Kurangnya sokongan terhadap usaha itu pastinya menjejaskan matlamat melahirkan golongan bidang profesional berimpak tinggi selain meneroka kepesatan teknologi dan inovasi.
Apakah senario ini boleh dikaitkan dengan kelemahan sistem pendidikan negara yang dilihat masih kurang mampu menawan minat pelajar mengikuti aliran ini.
Ataupun kerana standard diletakkan begitu tinggi sehingga gagal dicapai pelajar menerusi kemampuan akademik?
Jika penolakan terus berlaku, apakah impak terpaksa ditanggung negara pada masa depan?
Beras Perang UKM.
Penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2012 yang juga profesor kanan di Universiti Selangor (Unisel), Profesor Emeritus Datuk Dr Abdul Latif Ibrahim berkata, kekurangan pelajar memilih aliran sains perlu dilihat dalam komposisi berbeza.
Beliau berkata, meskipun ia dianggap aliran berprestij, kelayakan akademik, keinginan, kekuatan emosi dan mental pelajar harus diambil kira.
“Aliran sains penuh dengan cabaran yang sukar ditafsirkan melainkan anda mempunyai kekuatan atau pandangan berbeza mengenainya.
“Maksudnya, sains bukan sekadar belajar mengira, menghafal dan memahami tetapi pelajar perlu berusaha membabitkan satu konteks pemahaman luas.
“Dengan kata lain, aliran ini merangkumi semua gabungan pelbagai aspek sama ada hukum alam, logik dan tidak logik yang memerlukan satu tindakan kompleks daripada pelajar, guru dan persekitaran,” katanya.
Beliau tidak menafikan aliran lain seperti perdagangan, ekonomi atau sastera mempunyai kepentingan serta cabaran tertentu, namun sains dilihat lebih ketara.
“Aliran ini antara aset utama untuk menyokong pembangunan negara terutama dalam menghasilkan inovasi dan teknologi.
“Bagaimanapun, jangan salah anggap, saya tidak kata aliran lain tidak penting namun kepentingannya menjurus pada aspek lain. 
“Setiap aliran ada keutamaan dalam sistem pendidikan negara. Namun, yang menjadi isunya ialah mengapa aliran sains masih gagal menarik perhatian pelajar?” katanya.

Beliau berkata, aliran sains dulu dianggap sebagai pemangkin kepada asas pembangunan negara jangka panjang bagi dinikmati generasi seterusnya.
Menurutnya, kejayaan aliran sains dulu dikaitkan dengan keterbukaan penerimaan pelajar yang melihatnya sebagai satu konsep cukup unik.
“Pelajar dulu melihat sains sebagai satu gabungan subjek merangkumi semuanya bermula dari bilik darjah, makmal, persekitaran hingga kehidupan.
“Selain itu, daya kreativiti guru yang mengolah sains sebagai aspek unik serta mudah difahami menjadi penyumbang kepada keterujaan pelajar memasuki aliran itu.
“Mereka melihat semua proses itu sebagai satu klasifikasi pembelajaran merangkumi semua konsep pendidikan hingga menjadikan aliran sains mendapat permintaan tinggi,” katanya.
Bagaimanapun, bukan semua pelajar mampu memasuki aliran itu kerana faktor tertentu seperti kemampuan kewangan walaupun ibu bapa menggalakkannya.
Menurutnya, biarpun ibu bapa juga pelajar kekurangan dari segi maklumat, namun keinginan mengikuti aliran itu sangat tinggi.
“Sekarang berbeza pula kerana kemampuan (kewangan) bukan masalah malah kita juga mempunyai ramai pelajar yang bijak.
“Malangnya masalah kurang minat sains timbul kerana ada kemungkinan pelajar melihat sains itu dari perspektif berbeza.
“Lebih kritikal, ia melanda ketika negara sedang bergelut menuju taraf negara maju, sekali gus boleh menimbulkan impak jika tidak ditangani segera untuk jangka panjang,” katanya. 
Menjelaskan impak itu, antaranya boleh memberi kesan pada pengembangan inovasi dan teknologi serta kerjaya profesional, beliau berkata, kebimbangan negara terhadap kemerosotan pelajar aliran berkenaan tidak boleh dipandang mudah.
“Kita berpaksi pada hakikat bahawa apa saja yang ada di sekeliling ada kaitannya dengan sains.
“Malah, tidak boleh menolak kenyataan sains antara ciri penting dalam setiap unsur kehidupan manusia.
“Bayangkan jika sains tidak lagi menjadi pilihan, perancangan dalam aspek lain juga akan terjejas kerana kebergantungan terhadapnya tidak boleh dipisahkan,” katanya.
Pelajar kini tanpa mengira sama ada di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi, tidak lagi melihat aliran sains sebagai satu aliran prestij tapi subjek sangat sukar.
Tambahan lagi, katanya, penilaian masyarakat terhadap keputusan berdasarkan akademik adalah paling utama tanpa mengira aliran.
“Atas faktor itu, pelajar lebih rela mengikuti aliran lain selain sains bagi memperoleh keputusan cemerlang.
“Penghujungnya, kepincangan terhadap kemerosotan pelajar aliran ini meruncing seperti yang terjadi kini,” katanya mengakui adalah wajar semua pihak berasa bimbang terhadap kemerosotan itu.
“Pelajar aliran sains dulu antara mereka yang menjadi penyumbang utama dalam memastikan kita mampu menikmati kemajuan inovasi dan teknologi kini.
“Tapi apabila kemerosotan (bilangan pelajar) semakin ketara, apakah jaminan yang mampu kita berikan untuk generasi masa depan pula?
“Kita sedang menikmati hasil pembangunan teknologi dan inovasi sains pelajar dulu, bagaimana pula generasi selepas kita andai kata pelajar sekarang semakin merudum minatnya?” katanya.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan dengan senario itu kerana ia akan membabitkan konflik pengajian peringkat tinggi.
Cili Bangi UKM.
“Apabila pelajar aliran sains di sekolah semakin kurang, jumlah kemasukan di peringkat tinggi juga akan berkurangan.
“Sebaliknya berlaku peningkatan dalam program lain yang akhirnya akan melahirkan lambakan graduan dalam bidang bukan kritikal.
“Masalah ini akan saling berkait jika tiada usaha mengatasinya,” katanya.
Ditanya apakah usaha boleh dilakukan, beliau menyarankan agar penekanan khusus diberikan kepada sistem sedia ada untuk menjadikan subjek sains pilihan utama pelajar.
“Kita perlu potretkan sains sebagai satu mekanisme pendidikan yang bersifat ‘mesra’ untuk menarik minat pelajar.

“Pendekatan harus berubah selari kehendak zaman. Nampak sukar namun kita perlu melaksanakannya tanpa bertang­guh demi kelangsungan generasi seterusnya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Sabtu, September 28, 2013

PENYERAHAN KUTIPAN UKM4EGYPT

Penyerahan Kutipan UKM4EGYPT akan dibuat pada 29 September 2013 (Ahad) di Masjid UKM. Program bermula selepas Solat Fardhu Isya'.

Jom sama-sama kita menghadiri program penyerahan kutipan UKM4EGYPT ini.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Khamis, September 26, 2013

MANIFESTO MPP GM FSSK: ISU YURAN LATIHAN INDUSTRI DIJANGKA SELESAI PADA SESI 2013/2014

Dalam usaha untuk merealisasikan manifesto berkaitan pengurangan yuran Latihan Industri (LI) sebanyak 50% kepada pihak fakulti, MPP Azrai Ahmad Zamri terlebih dahulu telah mendapatkan penjelasan terperinci daripada Bendahari UKM berkaitan perkara tersebut pada 21 November 2012. Pertemuan itu kemudiannya mengesahkan bahawa penetapan kadar yuran LI bukanlah berada di bawah bidang kuasa Dekan fakulti, sebaliknya di bawah kendalian pengurusan tertinggi universiti sebagai yuran wajib pengajian (sama seperti yuran pengajian yang dikenakan bagi subjek-subjek berkredit yang lain). Oleh sebab itu, pengurangan yuran LI adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan kerana ianya melibatkan kesemua pelajar di kesemua fakulti yang ada mengambil kursus Latihan Amali/Industri.

Dalam perbincangan lanjut bersama pegawai dan Dekan fakulti pada 25 Mac 2013, MPP Azrai menekankan bahawa proses pembayaran yuran LI sering menjadi isu adalah kerana kebanyakan pelajar FSSK menjalani LI di luar semester biasa (iaitu pada Semester 3 tahun akhir), di mana yuran pengajian bagi kursus LI sebanyak RM180 (RM30 X 6 Jam Kredit) perlu dibayar berasingan daripada yuran pengajian di Semester 2. Oleh sebab itu, pembayaran yuran LI di Semester 3 bukan sahaja menyulitkan pelajar dari aspek prosedurnya tatkala kebanyakan mereka tidak lagi berada di dalam kampus, bahkan mereka juga tidak lagi dibiayai oleh mana-mana pinjaman (PTPTN) atau biasiswa dalam tempoh tersebut. Dengan demikian, satu keputusan telah diambil agar proses pembayaran yuran LI FSSK dibuat melalui pemotongan secara terus daripada pinjaman atau biasiswa pelajar bagi pembayaran yuran pengajian Semester 2 tahun akhir.

Cadangan agar yuran LI FSSK dikenakan dalam yuran pengajian Semester 2 tersebut kemudiannya telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Pelajar (MJKP) Bil.2/2013 pada 30 Mei 2013 dan mendapat reaksi positif daripada pihak pengurusan UKM. Naib Canselor sendiri beranggapan bahawa masalah tersebut cuma bersifat teknikal dan meminta agar Bendahari UKM mengambil tindakan segera. Walau bagaimanapun, oleh kerana proses pembayaran yuran pengajian Semester 2 bagi Sesi 2012/2013 telah berlalu, maka ianya dijangka hanya dapat dilaksanakan bermula Sesi 2013/2014.







Azrai bin Ahmad Zamri
Biro Pembangunan Mahasiswa PMUKM


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Sabtu, September 21, 2013

KERAJAAN TIDAK TAHU SEGALANYA

Menteri turun padang
Alhamdulillah, dalam minggu ini sahaja, UKM telah menerima kunjungan mesra daripada Timbalan Perdana Menteri (TPM) Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Kunjungan mesra ini jelas membuktikan kesungguhan kerajaan hari ini dalam merealisasikan apa yang pernah diungkapkan oleh Perdana Menteri (PM) Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak, "Era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir".

Sesi ramah mesra bersama TPM, dengan ruang soal jawab yang ada, kesungguhan TPM menjawab setiap pertanyaan dan persoalan yang diajukan, menunjukkan kepada kita betapa kerajaan hari ini seboleh-bolehnya mahu rakyat jelas dengan setiap isu yang berlaku dalam negara terutamanya isu berkaitan dasar kerajaan dan tindakan kerajaan dalam melaksanakan dasar.

Selayaknya kerajaan hari ini menjelaskan setiap polisi dan dasar yang telah disusun dan dirangka. Selayaknya juga rakyat mengajukan persoalan, kritikan dan cadangan berkenaan pelaksanaan dasar-dasar tersebut. Apa yang rakyat mahukan, bukanlah dasar yang memberi keuntungan dan kebaikan kepada kumpulan yang tertentu, tetapi dasar yang menjamin kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Perlu diakui, rakyat (masyarakat sivil) punyai peranan yang sangat besar sebagai ejen perubahan yang tidak menjadikan kepentingan politik sebagai satu objektif.








Ahmad Shukran Shaharudin
Presiden PMUKM


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Khamis, September 19, 2013

SH: RANKING UNIVERSITI DAN PERMASALAHANNYA DI MALAYSIA

Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM
SETIAP tahun, kita akan sibuk membincangkan isu ranking atau kedudukan universiti-universiti Malaysia di persada dunia, yang terbaru adalah senarai yang dikeluarkan oleh QS World University Rankings di mana universiti-universiti kita berlegar di kedudukan 200-300 dunia.

Pandangan dan respon terhadap ranking ini terbahagi kepada dua. Pandangan pertama melihat penyenaraian universiti-universiti dunia ini adalah sesuatu yang positif kerana ia boleh memberikan satu bentuk ukuran kepada tahap pencapaian sesebuah universiti itu.

Pandangan kedua pula lebih melihat penyenaraian ini hanyalah satu bentuk eksploitasi di mana kriteria-kriteria yang digunakan tidak tepat dan tidak memberikan gambaran sebenar pencapaian dan falsafah penubuhan sesebuah universiti itu.

Malah, ada pihak yang menyatakan ranking ini adalah satu strategi pemasaran bertujuan untuk merendahkan kemampuan universiti-universiti dari negara membangun dan membanggakan seterusnya mempromosikan universiti-universiti di negara maju.

Namun, walau apa pun pandangan kita, sama ada pandangan pertama atau kedua, kita haruslah bersetuju bahawa universiti-universiti kita wajib menggiatkan usaha agar setaraf dengan universiti-universiti terkemuka dunia.

Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan dan keagungan sesuatu masyarakat dan negara bermula dan berjalan seiring dengan kemajuan ilmu dikalangan masyarakat dan universiti-universitinya.

Tamadun Yunani sinonim dengan pemikir-pemikirnya dan juga intitusi-institusi kelimuannya seperti Academy yang ditubuhkan oleh Plato dan Lyceum yang ditubuhkan oleh Aristotle.

Zaman kegemilangan Islam pula menyaksikan kelahiran ilmuan-ilmuan seperti Al-Ghazali, Al-Farabi dan Ibn Sina serta terbangunnya Bait Al-Hikmah di Baghdad dan Al-Azhar di Egypt. Di Morocco pula, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu(Unesco) telah mengiktiraf  Al-Qarawiyyin sebagai institusi pertama yang mengeluarkan ijazah lantas diiktiraf sebagai universiti yang pertama di dunia.

Kemajuan ilmu seterusnya disambung oleh masyarakat di hemisfera barat bermula dari Zaman Pencerahan sehinggalah ke hari ini. Nama-nama seperti Isaac Newton, Gauss, James Clerk Maxwell, Einstein, Steve Job, Bill Gates  mula terbit di jurnal-jurnal ilmiah bersama rekaan dan inovasi mereka.

Dan berdasarkan ranking QS yang terkini, universiti-universiti di UK dan US menduduki senarai sepuluh yang terbaik di dunia; MIT (1), Harvard (2), Cambridge (3), UCL (4), Imperial College (5), Oxford (6), Stanford (7), Yale (8), Chicago (9) dan Caltech (10).

Di Asia pula, universiti-universiti di timur jauh seperti Universiti Hong Kong, Universiti Tokyo, Universiti Peking dan Universiti Kebangsaan Seoul pula mengungguli kedudukan terbaik.

Maka, bukanlah satu kebetulan apabila masyarakat berkulit putih dan berkulit kuning ini yang mencaturkan dunia pada era ini dalam segenap segi. Ia bukanlah satu kebetulan kerana mereka hanya mengulangi sejarah “Siapa berilmu dialah kudrat”.

Berdasarkan ini, seharusnya kita berasa khuatir dengan kedudukan dan pencapaian universiti-universiti kita apatah lagi pada hakikat kedudukan kita adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan negara Islam yang lain.

Bagaimana kita hendak mencapai wawasan 2020 iaitu menjadi negara yang setanding dengan negara-negara maju jika universiti-universiti kita yang sepatutnya menjadi penjana kepada kemajuan masih lagi belum setanding?

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, permasalahan utama yang kita sedang hadapi ialah universiti-universiti kita masih belum mampu menjalankan tugas-tugas akademia yang sebenar iaitu melahirkan ilmu dan teknologi baru serta graduan-graduan yang mampu mencari ilmu secara kendiri serta bersifat inovatif.

Sebaliknya, universiti-universiti kita masih lagi ditahap pengajian teknikal dan vokasional dimana ia hanya melahirkan graduan yang lebih layak digelar juruteknik kerana hanya mampu membuat kiraan-kiraan yang telah ditetapkan dan melakukan kerja-kerja yang tipikal.

Pelajar-pelajar kita masih lagi hanya diajar menggunakan rumus-rumus terakhir, jadual-jadual yang telah tersedia dan mengikuti prosedur-prosedur piawai tanpa didahului dengan perbincangan berkenaan penerbitan dan prinsip serta falsafah saintifik yang membelakangi rumus-rumus, jadual-jadual dan prosedur-prosedur tersebut.

Tanpa pemahaman yang fundamental, bagaimana mungkin pelajar-pelajar dapat memahami sedalam-dalamnya sesuatu ilmu tersebut. Tanpa pemahaman yang mendalam pula,bagaimana mungkin kita dapat menghasilkan output saintifik seperti ilmu-ilmu dan rekaan-rekaan terbaru.

Dan tanpa output saintifik sebegini, bagaimana mungkin universiti-universiti kita dapat tersenarai tinggi di ranking dunia tapi lebih penting, tanpa output sebegini, bagaimana mungkin negara dapat menyediakan ekonomi lestari (sustainable economy) kerana ekonomi sebegini amat bergantung kepada inovasi dan produk berasaskan pengetahuan (knowledge-based product).

Tetapi pelajar-pelajar adalah pihak terakhir yang patut dipersalahkan kerana mereka hanya menerima apa yang diajarkan kepada mereka. Pihak yang sepatutnya dipertanggungjawabkan adalah pentadbir dan pensyarah-pensyarah di universiti itu sendiri.

Sama ada mereka tidak sedar akan permasalahan ini atau mereka tidak mampu menyelesaikannya.

Mereka tidak mampu kerana ada kemungkinan mereka sendiri tiada kepakaran dan kefahaman yang mendalam dalam bidang tersebut. Ini tidak mustahil kerana jika kita menilai semula kelayakan akademik terutamanya kajian-kajian PHD pensyarah-pensyarah kita, amat sedikit yang benar-benar berkecimpung dalam arena fundamental dan berunsurkan matematik.

Saya menyatakan perkara ini bukan sahaja berdasarkan pengalaman saya sebagai pensyarah, bukan sahaja melalui komunikasi saya dengan pensyarah-pensyarah yang lain tetapi berdasarkan juga keterlibatan saya dalam beberapa program yang berbentuk penjalinan subjek-subjek matematik, fundamental dan aplikasi terutamanya yang berkaitan dengan kejuruteraan. Program-program yang boleh saya nyatakan tidaklah begitu berjaya.

Mungkin di sini saya boleh mencadangkan dua kaedah yang boleh diambil untuk menyelesaikan permasahan ini. Yang pertama, proses pengambilan pensyarah-pensyarah dimasa akan datang dan perlanjutan pengajian PHD mereka perlu fokus kepada bidang yang fundamental tetapi masih hampir dengan aplikasi terutamanya yang berunsurkan inovasi. Bentuk pengajian sebegini kerap ditawarkan di universiti-universiti terkemuka di dunia, maka hantarlah mereka ke sana.

Yang kedua, pensyarah-pensyarah sedia ada perlu digalakkan untuk mengulang kaji aspek-aspek fundamental dan unsur-unsur matematik yang berkaitan dengan bidang mereka. Ini boleh dilakukan melalui kempen-kempen kesedaran ataupun melalui langkah yang lebih formal seperti menghadiri kursus dan bengkel.

Maka boleh disimpulkan bahawa ranking universiti dunia ini, walaupun mempunyai pelbagai pandangan dan respon, masih boleh menjadi kayu ukur kepada pencapaian universiti universiti kita.

Ukuran ini adalah penting kerana ia boleh menentukan hala tuju universiti-universiti kita terutamanya dalam membantu negara menyediakan ekonomi lestari menjelang 2020 melalui penghasilan ilmu-ilmu dan rekaan-rekaan terbaru serta inovatif. Sesungguhnya, sejarah telah membuktikan “Siapa berilmu dialah kudrat”.

Dr Airil Yasreen Mohd Yassin

Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

Sumber: Sinar Harian

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Rabu, September 18, 2013

PIKET PRESIDEN: HALA TUJU POLITIK KAMPUS UKM

Alhamdulillah, hingga kini piket yang dianjurkan oleh PMUKM telah disambut oleh kedua-dua pihak, Aspirasi Ukm dan Gabungan Mahasiswa UKM. Surat telah diserahkan dan kedua-dua pihak telah beri maklum balas yang positif.
Tarikh: 19/9/13 (Khamis)
Masa: 12.00 tengah hari
Tempat: Sudut Pidato UKM, FEP

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

PROGRAM PEMERKASAKAN KEMAHIRAN INSANIAH BERSAMA TNC HEAA UKM

Dimaklumkan bahawa Pusat Akreditasi Pembelajaran akan mengadakan Program Memperkasakan Kemahiran Insaniah bersama Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik & Antarabangsa dan Pelajar Tahun Satu Kemasukan Sesi Akademik 2013-2014 dengan ketetapan seperti berikut:-

Pelajar Kampus KL:
Tarikh              :           21 September 2013 (Sabtu)
Masa                :           8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat            :          Dewan Serbaguna, Kolej Tun Syed Nasir

Pelajar Kampus Bangi:
Tarikh              :           22 September 2013 (Ahad)
Masa                :           2.00 petang – 5.30 petang
Tempat            :          Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)

#pmushare #MovingForward

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

PROGRAM TRANSFORMASI PELAJAR

Sempena lawatan YAB TPM merangkap Menteri Pendidikan yang akan melawat UKM pada esok hari (19 September 2013) jam 2.00 petang sempena pelancaran Program Transformasi Pelajar bertempat di DECTAR, pelepasan kuliah pada masa tersebut diberikan kepada pelajar yang menghadiri majlis tersebut.

#pmushare #MovingForward

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Selasa, September 17, 2013

HILANG JASA BELIUNG, TIMBUL JASA RIMBAS

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) merupakan badan induk mahasiswa/i di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Menjadi tanggungjawab PMUKM bagi memastikan kebajikan mahasiswa/i keseluruhannya terus terbela, di samping menjalinkan kerjasama dan hubungan baik dengan semua badan, persatuan, kelab dan urus setia di UKM. PMUKM juga sentiasa berusaha memartabatkan UKM dan mengharumkan nama varsiti tercinta ini tanpa langsung menafikan usaha-usaha yang dilakukan oleh mahasiswa/I UKM sama ada usaha yang dilakukan mereka secara berkumpulan mahupun secara individu.

Tetapi ada pihak yang cuba menjadi batu api, dengan mewujudkan perbandingan tidak adil antara Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) dan PMUKM. (klik di sini). Ucapan tahniah daripada barisan kepimpinan PMUKM buat MEP yang sentiasa memerah keringat dan fikiran bagi merancang dan merangka program dalam memartabatkan universiti agar sebaris dengan Universiti-Universiti terkemuka di dunia. Saya agak terkilan apabila usaha murni MEP ini dipergunakan oleh pihak Aspirasi bagi menggambarkan kehebatan mereka. Tindakan mereka ini sesuai digambarkan dengan pepatah Melayu, hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas.

Antara perbincangan dan mesyuarat
PMUKM bersama MEP.
Isu kebajikan sentiasa menjadi perkara dasar yang diperjuangkan oleh PMUKM bagi kepimpinan kali ini. Menyedari akan isu kebajikan sebagai isu bersama, PMUKM telah beberapa kali duduk semeja bersama MEP bagi mencari resolusi dan jalan penyelesaian berkaitan isu kebajikan mahasiswa/i UKM. Terima kasih tidak terhingga daripada PMUKM sesi 2012/2013 atas kerjasama yang telah diberikan MEP sepanjang hampir satu sesi kita bekerjasama.

Sepanjang dua sesi GMUKM memegang tampuk pemerintahan PMUKM, kami berusaha sedaya upaya bagi memastikan dasar yang telah digariskan berjaya direalisasikan. Mengakui akan wujudnya kekangan dan halangan, kami tidak pernah berundur walau setapak. Sebagai Presiden PMUKM, saya mengajak semua MPP, GMUKM dan Aspirasi agar terus fokus dengan tugasan dan tanggungjawab masing-masing. Lunaskan manifesto anda. Pastikan mandat yang telah diberikan oleh rakan-rakan mahasiswa/i tidak disia-siakan.
Isu Keselamatan: PMUKM, Wisma Aman, dan wakil MEP 
Keselamatan Siswi: PMUKM, Sekretariat Siswi MEP dan wakil PMF







Ahmad Shukran Shaharudin
Presiden PMUKM


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

MPP FST 1/2: KEBAJIKAN BILIK AKTIVITI PELAJAR FST UKM

Bersama Timb. Dekan FST UKM.
17 September 2013, UKM Bangi - Petang ini MPP Marwan bersama Exco Kebajikan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) UKM, saudara Mohd Afzainizam Abdullah telah berjumpa dengan Pembantu Tadbir Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan (JPP) UKM, Pn. Zarith selaku PA kepada Ir. Ab. Ghani Wahab, Timb. Pengarah JPP UKM untuk mengetengahkan aduan daripada pelajar berkaitan prasarana iaitu berkenaan lampu kalimantang dan siling yang rosak di dalam Bilik Aktiviti Pelajar FST UKM.

MPP Marwan mewakili suara mahasiswa/i daripada Fakulti Sains & Teknologi khususnya berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sesegera mungkin agar kebajikan mahasiswa/i terjamin.
Penyerahan surat permohonan penyelenggaraan ke JPP UKM.








Marwan Mohd Khir 
Biro Penerangan dan Komunikasi PMUKM



AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI


ISU KENAIKAN YURAN KOLEJ KEDIAMAN


17 September 2013, UKM Bangi - Pagi tadi MPP PMUKM telah menemui wakil Pegawai Bendahari UKM berhubung isu kenaikan harga yuran kolej kediaman yang telah digembar-gemburkan di laman akhbar online, Kosmo. Namun begitu, pihak pegawai Bendahari UKM menafikan sebarang kenaikan daripada yuran kolej kediaman.

Walaubagaimanapun, kami di pihak MPP PMUKM sedang meninjau aduan tentang kenaikan yuran kolej. Sebarang permasalahan boleh dibuat melalui borang aduan online ini. klik di sini










Biro Kebajikan & Khidmat Sosial PMUKM


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEM 3 SESI 2012/2013

Pejabat Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

Keputusan Peperiksaan Akhir Semester 3 bagi sesi 2012/2013 akan keluar pada 27 September 2013 di laman https://smp.ukm.my/smpweb/.

Pelajar yang mengambil semester 3 (Short Semester) dinasihatkan untuk menjelaskan yuran pengajian bagi semester 3 tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah.

Biro Kebajikan & Khidmat Sosial PMUKM

Sumber: Bahagian Pengurusan Akademik Ukm


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI