PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Rabu, Mei 29, 2013

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA UKM

Semua dijemput hadir Majlis Solat Hajat Perdana UKM pada 30 Mei 2013 di Masjid UKM. Majlis bermula dengan Solat Maghrib hingga jam 10.00 malam. Jamuan malam turut disediakan selepas tamat majlis.

Ust Khairuzaman Kadir dijemput khas sebagai penceramah untuk ceramah motivasi bersempena Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi 2012/2013 yang bertajuk 'Belajar Bukan Kerana Pointer'.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

SARANG LEBAH DI PANGGUNG SENI UKM

Sarang lebah di Panggung
Seni yang dilaporkan.
UKM Bangi, 28 Mei 2013 – PMUKM telah mendapat aduan daripada beberapa pelajar UKM berkenaan dengan sarang lebah di bangunan Panggung Seni UKM. Aduan ini diterima melalui laman sosial rasmi PMUKM. Aduan ini perlu dititikberatkan kerana ia melibatkan keselamatan pelajar terutamanya yang berada berdekatan dengan bangunan tersebut.

MPP Marwan bin Mohd Khir, wakil PMUKM bersama saudara Jer Shuhn Lee, antara yang melaporkan  adua ini pergi mengunjung ke tempat kejadian. MPP Marwan mendapati terdapat sarang lebah yang sebesar 2 kaki lebih berada di luar tingkap bangunan Panggung Seni UKM.

MPP Marwan menghubungi talian hotline Bahagian Keselamatan Wisma Aman. En. Suraimi, wakil pihak keselamatan bergegas datang ke Panggung Seni UKM. Katanya, “Pihak Keselamatan Wisma Aman akan menyerahkan tugas ini kepada pihak yang lebih bertanggungjawab iaitu pihak Jabatan Penyelenggaraan & Pembangunan (JPP) UKM.”

MPP Marwan bersama saudara Jer Shuhn Lee seterusnya bergegas ke pejabat JPP UKM untuk melaporkan kejadian sarang lebah ini. Pihak JPP telah mengambil tindakan dengan menghubungi syarikat Plus Care yang menyediakan khidmat menghapus serangga.

MPP Marwan telah bertemu dengan wakil daripada Plus Care. Katanya, “Proses penghapusan ini akan dibuat pada waktu malam ini”. Dengan itu, MPP Marwan berjumpa dengan wakil teknikal Panggung Seni untuk melaporkan kerja-kerja penghapusan sarang lebah akan dijalankan pada waktu malam tersebut.


Bagi mahasiswa/i yang mempunyai masalah boleh terus menghubungi mana-mana MPP atau laporkan di laman sosial PMUKM. Jika kecemasan, boleh terus capai ke talian hotline Bahagian Keselamatan Wisma Aman UKM (038-921-4444).
En. Suraimi, wakil Keselamatan Wisma Aman.
MPP Marwan bersama pegawai JPP UKM.
Unit Plus Care semasa proses penghapusan serangga lebah.






Marwan bin Mohd Khir
Pengerusi Biro Penerangan dan Komunikasi
PMUKM 12/13
MPP FST 1/2


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Selasa, Mei 21, 2013

KELEWATAN PEMBAYARAN ZAKAT : KAMI ADA JAWAPANNYA

UKM Bangi, 20 Mei 2013 – Ekoran banyak rungutan dan aduan yang dilaporkan kepada pihak PMUKM berhubung dengan kelewatan pembayaran zakat bagi sesi ini, MPP Tuan Zul Ajma bt Tuan Ahmad telah mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak Unit Zakat UKM.

Encik Hafizi Mohd Nor Anawar, menjelaskan berkaitan dengan permohonan zakat pada bulan Mac yang lalu, pembayaran telah dibuat dengan menggunakan perantaraan akaun bank masing-masing seperti CIMB ,BSN dan BIMB. Namun begitu, terdapat sedikit masalah dengan cek yang BIMB, oleh itu cek tersebut terpaksa dipulangkan kembali dan diproses semula. Oleh itu, para pemohon yang menggunakan akaun Bank Islam perlu bersabar untuk sedikit waktu kerana proses ini mengambil masa beberapa mingggu. Tetapi pengguna akaun lain telah menerima bayaran pada awal bulan Mei yang lalu.

Manakala, permohonan pada bulan April juga mengalami nasib yang sama tetapi ia berhubung dengan masalah sistem dan pertukaran bahagian beberapa kakitangan di Jabatan Bendahari. Oleh itu, permohonan pada bulan April, Mei dan baki permohonan pada bulan Mac akan dibuat pembayaran selewat-lewatnya sebelum peperiksaan akhir semester.
Beliau juga mengingatkan kepada pelajar-pelajar yang ingin memohon perlu membuat permohonan zakat sebelum 30 Mei 2013.

Selain itu, tahniah diucapkan kepada penerima zakat Bank Islam Malaysia yang berjumlah 25 orang kerana telah berjaya ditawarkan zakat dengan jumlah yang agak lumayan. Nama-nama penerima yang berjaya ditawarkan zakat tersebut akan dihubungi oleh pihak Unit Zakat UKM.

Sekian.







Tuan Zul Ajma Tuan Ahmad
Biro Sukan dan Kebudayaan
PMUKM 12/13

  
Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti

Isnin, Mei 20, 2013

PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2013-2014 UKM

1) Pelajar hendaklah menggunakan Pengenalan dan Katalaluan (NPP) masing-masing bagi mencapai dan menggunakan laman web http:www.ukm.my/smpweb. Pelajar adalah dinasihatkan supaya tidak mendedahkan NPP masing-masing untuk mengelakkan dari disalahgunakan oleh pengguna lain.

2) Sebelum Pendaftaran Awal dibuat semua pelajar adalah disyaratkan :
i. Membuat penilaian pengajaran kursus
Pelajar disyaratkan membuat penilaian pangajaran kursus yang diambil pada semester semasa melalui laman web yang sama. Penilaian ini bermula dari 6 Mei hingga 9 Jun 2013. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Cik Hafizah Sa’don, fiza@ukm.my, Pusat Jaminan Kualiti.
ii. Menjelaskan bayaran semua yuran/ hutang tertunggak
Sebarang masalah berkaitan dengan pembayaran yuran/hutang tertunggak, sila berhubung terus dengan Puan Zaidah Zainuddin, zaidahz@ukm.my, Bahagian Kewangan Pelajar.

3) Pendaftaran Awal Kursus Semester 1 Sesi Akademik 2013-2014 akan diadakan pada 20 Mei hingga 16 Jun 2013 (4 minggu) melalui laman web https://smp.ukm.my/smpweb/.

4) Pendaftaran Awal adalah diwajibkan kepada semua pelajar program Ijazah Pertama KECUALI pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian. Bayaran PTPTN akan ditahan dan denda sebanyak RM15.00 akan dikenakan jika pelajar gagal membuat Pendaftaran Awal pada tempoh yang ditetapkan. Pelajar yang tidak membuat Pendaftaran Awal hanya dibenarkan membuat Pendaftaran Kursus Semester 1 Sesi Akademik 2013-2014 iaitu pada 9 September 2013.

5) Status jaya pendaftaran kursus adalah tertakluk kepada proses pemilihan fakulti masing-masing untuk menentukan pelajar yang layak mengikut sesuatu kursus berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

6) Semakan keputusan pemilihan Pendaftaran Awal kursus boleh dilakukan mulai 24 Jun 2013.

7) Perlu diingatkan bahawa pendaftaran sebenar kursus Semester 1 Sesi Akademik 2013-2014 adalah tertakluk kepada keputusan peperiksaan semester sebelumnya.
Pekeliling Akdemik Bil. 12a 2013
Sumber : Bahagian Pengurusan Akademik UKM

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Sabtu, Mei 18, 2013

PROGRAM KAMPUS SEJAHTERA PMUKM

UKM Bangi - Program Kampus Sejahtera PMUKM pada 14 hingga 16 Mei 2013 yang lepas merupakan salah satu program yang diadakan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa-mahasiswi UKM akan keselamatan di dalam kampus malah di luar kampus juga. Program ini diterajui oleh dua ahli PMUKM iaitu saudara Ahmad Shukran Shaharudin, Presiden PMUKM dan saudari Nor Izati Othman, Setiausaha Agung PMUKM. Hal ini adalah inisiatif MPP Shukran dan MPP Izati dalam melunaskan manifesto mereka.

Program Kampus Sejahtera PMUKM adalah dengan kerjasama beberapa pihak antaranya Bahagian Keselamatan Wisma Aman UKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Kick Start Academy, dan lain-lain. PMUKM mengucapkan ribuan penghargaan atas kerjasama pihak terbabit yang diberikan dalam menjayakan program ini dengan jayanya.
 
14/5 Pameran Kesedaran Keselamatan dan taklimat ringkas daripada PDRM dan Jabatan Bomba
Wakil PDRM dan Jabatan Bomba.
15/5 Pameran Kesedaran Keselamatan dan taklimat ringkas daripada JPAM dan Bahagian Keselamatan Wisma Aman
Pameran Kesedaran Keselamatan JPAM.
15/5 Forum Ops Siswi
Forum Ops Siswi, Auditorium Siswa Pusanika.
15/5 Persidangan Meja Bulat Isu Keselamatan
MPP Shukran sebagai pengerusi persidangan tersebut.
16/5 Majlis Penutupan Kampus Sejahtera
Penyerahan Resolusi Persidangan Meja Bulat Isu Keselamatan.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI





UKM BANGI : ISU HAIWAN LIAR

MPP Afifah bersama wakil Wisma Aman.
UKM Bangi,14 Mei – Ekoran limpahan aduan daripada mahasiswa dan mahasiswi mengenai masalah haiwan liar di dalam kawasan kampus dan kolej-kolej terutamanya, pihak PMUKM yang  diwakili oleh  MPP Tuan Zul Ajma bt Tuan Ahmad dan MPP Nur Afifah bt Abdul Rahim telah mengadakan pertemuan dengan pihak Wisma Aman bagi menyelesaikan isu ini.
Di antara isu yang dibangkitkan ialah masalah monyet-monyet yang menceroboh masuk ke dalam kamar bilik dan mengganggu ketenteraman awam selain aduan mengenai anjing dan babi  yang  berkeliaran  di kawasan kolej dan fakulti, serta beberapa kes terpencil.

Gangguan monyet

Pihak Wisma Aman memaklumkan bahawa mereka telah memasang perangkap monyet di beberapa tempat seperti di Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Keris Mas, Fakulti Undang-undang dan Fakulti Pendidikan. Tangkapan yang dibuat untuk pertengahan tahun ini ialah sebanyak enam ekor daripada bulan Januari hingga April. Bagi makluman mahasiswa/I UKM, tangkapan dan pemasangan perangkap ini adalah berdasarkan kepada aduan daripada mahasiswa yang diberi secara langsung kepada pihak Wisma Aman. Sekiranya aduan secara langsung kepada pihak Wisma Aman tidak dilakukan, maka tindakan susulan tidak mampu dilaksanakan.

Anjing dan Babi

Manakala aduan tentang anjing dan babi yang berkeliaran di sekitar kawasan fakulti dan kolej, pihak Wisma Aman sememangnya sedang giat membuat rondaan dan memasang perangkap mudah alih ke beberapa tempat yang dilaporkan mempunyai jumlah anjing yang banyak. Rakan-rakan mahasiswa disarankan supaya tidak melepaskan anjing yang telah masuk perangkap kerana ia akan menyulitkan gerak kerja pihak berkuasa Wisma Aman.
Oleh itu, mahasiswa-mahasiswi yang mempunyai sebarang masalah gangguan haiwan liar, anda hendaklah segera membuat aduan di talian ini 03-89214517 @ 4444 @ 4446. Pihak Wisma Aman akan segera ke tempat kejadian yang dilaporkan bagi tindakan seterusnya.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Selasa, Mei 14, 2013

TAHNIAH NAIB CANSELOR UKM


Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti

Sabtu, Mei 11, 2013

PROGRAM "KAMPUS SEJAHTERA" INISIATIF MENGHADAPI MASALAH KESELAMATAN




Program "Kampus Sejahtera" anjuran PMUKM
Tarikh: 14-16 Mei 2013
Tempat: Pusanika, UKM

Bersempena Program Kampus Sejahtera PMUKM:
-Tema pertandingan ialah MAHASISWA CAKNA PEMANGKIN NEGARA SEJAHTERA.
-Karya bebas dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
-Penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada 14 Mei 2013
- Hantar penyertaan kepada: SITI KHADIJAH BINTI KAMARUDIN
Tel : 013 - 2756183
Email : itqansyabiq@gmail.com
 

Aktiviti menarik:
Pameran keselamatan:14-16 Mei 2013, 8pagi- 5petang (Aras2, Pusanika)
Forum Ops siswi: 15/5/2013, 9 malam (Auditorium Siswa)
Persidangan Meja Bulat Isu Keselamatan: 15/5/2013, 9 malam (Bilik Gerakan HEP)
Pertandingan Video, poster dan pantun bertemakan keselamatan(hantar penyertaan sebelum 14/5/2013)
Penukaran helmet 14/5/2013, 8pagi- 5petang (Aras2, Pusanika)
Majlis Penutupan: 16/5/2013, 9malam (Aras 2 Pusanika)

Ayuh bersama meriahkan!



AUTONOMI MAHASISA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Jumaat, Mei 10, 2013

PENGEDARAN KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN (KMJP)


Pengedaran Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Waktu Peperiksaan (KMJP) Semester 2 Sesi Akademik 2012-2013

Mahasiswa/i diminta mengambil Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual
Peperiksaan (KMJP) di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 14 Mei 2013 ini.

Sumber : e-Pelajar 

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Selasa, Mei 07, 2013

PMUKM MENENTANG TINDAKAN BERUNSUR PERKAUMAN


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Sabtu, Mei 04, 2013

SELANGOR UMUM 6 MEI CUTI UMUM



Kerajaan Selangor  mengumumkan hari Isnin 6 Mei sebagai hari pelepasan am bagi memudahkan semua rakyat Selangor mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan pada hari Ahad ini. 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia bagi memudahkan rakyat Selangor melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi dan merealisasikan Negeri Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan. 

"Pemberian hari pelepasan am ini selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9 yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am," katanya dalam satu kenyataan. 

Katanya, kerajaan Selangor berharap hari pelepasan Am ini digunakan sebaik mungkin untuk pulang mengundi di tempat masing-masing dan tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja. 

"Kita mendoakan para pengundi dan rakyat Selangor pulang dengan selamat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. 

"Kerajaan Selangor terus komited untuk memastikan sebuah pentadbiran yang telus, bertanggungjawab serta bersih diteruskan di negeri ini dengan sokongan padu rakyat Selangor. 

"Undi anda semua akan menentukan nasib generasi akan datang. Undilah dengan bijak," kata Abdul Khalid.


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Khamis, Mei 02, 2013

HUNGRY TO MAKE A CHANGE: TAKLIMAT PEMBANGUNAN INSANIAH PAP BERSAMA TNC HEAA

2 Mei - TNC Hal Ehwal Akedemik, Prof. Datuk Dr Noor Azlan Ghazali hari ini telah meluangkan masa bersama semua wakIl persatuan  termasuk PMUKM. Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang konsep kokurikulum berkredit berdasarkan kontrak pembelajaran dan  sistem pembangunan insaniah (SPI) serta iFolio. Taklimat kali ini telah dihadiri oleh Presiden PMUKM, Saudara Ahma Shukran Bin Shaharudin dan beberapa majlis perwakilan lain.

              Antara perkara yang diulas oleh TNC HEAA ialah sistem kemahiran insaniah yang baru diwujudkan sekarang, berdasarkan 8 hasil pembelajaran adalah salah satu langkah pentadbiran UKM untuk memupuk kemahiran insaniah atau softskill dalam kalangan pelajar. 8 hasil pembelajaran tersebut penting untuk mewujudkan individu yang punyai kemahiran insaniah untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan UKM. Di samping itu,  hasil pembelajaran daripada pelajar lebih dinilai berbanding dengan program apa yang diadakan.

             Selain itu, kurangkan aktiviti yang WAJIB adalah perlu untuk menyemai suasana pembudayaan ilmu yang neutral tanpa sebarang paksaan oleh itu suasana keilmuan lebih membumi. Beliau juga berkata, melakukan perubahan dalam sistem ini kerana beliau percaya sistem ini mampu memupuk kemahiran insaniah dalam diri pelajar.

             Menjawab kepada soalan wakil persatuan yang manyatakan lambakan program di UKM, beliau membalas, beliau lebih suka untuk memilih untuk banyak pilihan. Hal ini kerana, apabila lambakan program yang diadakan, akan wujud persaingan sihat antara pelajar untuk mengadakan program yang lebih hebat serta kreatif berbanding program yang lain, tetapi program yang bersyarat WAJIB harus dikurangkan.

Beliau berharap semua pelajar UKM hungry to make a changes towards better dan keluar daripada kepompong 'selesa' dengan melatih diri sendiri menjadi pemimpin serta mampu menyuarakan pendapat apabila setuju atau tidak.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI